JAKARTA: Angka korban bencana banjir lumpur, tanah runtuh dan angin kencang akibat Siklon Tropika Seroja di Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia terus meningkat kepada 128 orang, ketika pasukan mencari dan menyelamat masih bertungkus-lumus mengesan mangsa yang masih tertimbus banjir lumpur dan terperangkap dalam runtuhan tanah.
Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), Doni Monardo dalam sidang media menerusi webinar tengah hari ini berkata cuaca ekstrem itu telah menyebabkan kerosakan (setakat pendataan sehingga pagi tadi) lebih 2,000 rumah, kemudahan awam, pokok-pokok tumbang dan menyebabkan terputusnya bekalan elektrik dan komunikasi.
"Setakat malam tadi, sebanyak 8,424 penduduk ditempatkan di pusat pemindahan sementara, jumlah mereka yang hilang (yang dilaporkan dan berdasarkan data sementara setakat ini) adalah seramai 72 orang.
"BNPB kini turut menggunakan 13 unit helikopter dalam operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai polis dan tentera," katanya, yang turut disiarkan secara langsung menerusi YouTube rasmi Sekretariat Presiden Indonesia.
Cuaca ekstrem sejak 3 April lepas itu melibatkan 10 kabupaten di NTT iaitu Flores Timur, Malaka Tengah, Lembata, Ngada, Akar, Sumba Timur, Rote Ndao, Sabu Raijua, Timur Tengah Selatan dan Ende serta melibatkan sebuah kota iaitu Kota Kupang.
Sementara itu Ketua Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Dwikorita Karnawati berkata Siklon Tropika Seroja buat pertama kalinya memasuki kawasan daratan (tidak seperti sebelum ini), sehingga menyebabkan bencana yang dahsyat.
"(Siklon Tropika) Seroja ini pertama kali masuk sampai ke daratan. Ini yang tidak lazim, diramalkan angin kencang berkelajuan 70 knots (130km sejam) masih berlaku sehingga esok, manakala gelombang laut diperkirakan setinggi antara 2.5 hingga 6 meter, gelombang ini seperti tsunami, tapi bukan tsunami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 06 2021
Cuaca ekstrem itu telah menyebabkan kerosakan lebih 2,000 rumah, kemudahan awam, pokok-pokok tumbang dan menyebabkan terputusnya bekalan elektrik dan komunikasi. - Gambar fail/BERNAMA
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Tahun Baharu Cina: JPJ lakukan audit operasi di depot, terminal bas ekspres
Sebanyak 2,500 anggota dan pegawai JPJ akan bertugas pada Tahun Baharu Cina ini bagi memastikan kelancaran aliran trafik dan pematuhan terhadap undang-undang jalan raya.
Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.
Kerajaan setuju diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina - Nanta
Kerajaan MADANI dalam Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju untuk memberikan potongan tol 50 peratus dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2025.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
[TERKINI] Kerajaan setuju diskaun 50% bayaran tol sempena Tahun Baharu Cina
Kerajaan dalam Mesyuarat Kabinet telah bersetuju untuk memberikan potongan tol 50% dari kadar tol biasa sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2025.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Sarawak
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah dan Sarawak bermula 27 Jan (Isnin) sehingga 30 Jan (Khamis).
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County, menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California.
Angka korban meningkat kepada 19 susulan banjir kilat dan tanah runtuh di Jawa Tengah
Tujuh lagi mangsa masih hilang, dan pasukan SAR terus berusaha mengesan mereka selepas tragedi itu melanda Kampung Kasimpar di Petungkriyono pada Isnin.
Angka korban kebakaran hotel Turkiye meningkat kepada 76 orang
Pihak berkuasa sedang menjalankan ujian DNA untuk mengenal pasti beberapa mayat yang ditemui di lokasi kebakaran.
Kebakaran pusat beli-belah Indonesia: 5 mayat ditemui dalam bilik karaoke
Lima mayat telah dikeluarkan pada Jumaat daripada kebakaran yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di bahagian barat Jakarta pada Rabu malam.
23 maut, 5 cedera kemalangan bas di Libya
Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan lima lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas di lebuh raya sekitar perkampungan Abu Qurain berhampiran kawasan Al-Loud di timur Libya pada Ahad.
Kebakaran Los Angeles: 14 maut, angka korban dijangka meningkat
Pegawai memberi amaran pada Ahad bahawa angka korban, yang kini mencecah 14 orang berkemungkinan meningkat.
Lagi nahas pesawat, 10 maut di Colombia
Sekurang-kurangnya 10 orang maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas di barat laut Colombia, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, lapor Xinhua.
4 maut, 16 cedera dalam rempuhan di Masjid Umayyad, Syria
Empat orang terbunuh manakala 16 lagi cedera dalam insiden rempuhan di Masjid Umayyad yang menjadi mercu tanda di Damsyik pada Jumaat, lapor Agensi Berita Rasmi Syria (SANA).
Angka korban gempa bumi di Tibet meningkat kepada 126, cedera 188 orang
Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7 malam Selasa.
Angka korban di Gaza melebihi 45,700 orang selepas 59 lagi rakyat Palestin maut
Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan kira-kira 108,856 orang telah cedera dalam serangan berterusan berkenaan.