JOHOR BAHRU: Angkara dendam, seorang lelaki cedera setelah ditetak dalam satu kejadian di Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex, Senai, malam semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata pihak polis menerima panggilan daripada MERS 999 pada pukul 7.50 malam, mengenai kejadian pergaduhan bersenjatakan parang.
Beliau berkata mangsa berusia 27 tahun itu, ditetak di bahagian bahu, kedua belah tangan dan kaki dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah.
"Keadaan mangsa stabil," kata beliau dalam satu kenyataan, hari ini.
Susulan kejadian itu, Tok berkata pihaknya telah menemukan kereta Honda Accord putih yang dipercayai terlibat dalam insiden itu pada pukul 3.40 pagi tadi.
Ketika itu, kereta berkenaan dipandu seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah stesen minyak di Taman Aman, Senai dan hasil pemeriksaan menjumpai sebilah parang dalam kereta tersebut.
"Kemudian datang seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun ke situ dan kedua-duanya ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Kulai untuk siasatan lanjut," katanya.
Tok berkata sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) IPD Kulai, kemudiannya telah membuat serbuan di sebuah rumah di kawasan Senai menangkap seorang lagi lelaki berusia 34 tahun bagi siasatan lanjut.
Hasil semakan mendapati dua lelaki tersebut mempunyai rekod jenayah lampau dan penyalahgunaan dadah.
"Polis turut membuat rampasan iaitu sebilah pisau, dua rangkai kunci kereta, dua buah kereta Honda Accord, dua helai t-shirt dan dua helai seluar jeans bagi membantu siasatan.
"Kesemua yang ditahan direman empat hari bermula hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun penjara atau denda atau dengan sebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 09 2022

Mangsa berusia 27 tahun itu ditetak di bahagian bahu, kedua belah tangan dan kaki. - Gambar hiasan

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Polis kesan lelaki Myanmar disyaki tetak rakan senegara
Polis sedang mengesan seorang lelaki Myanmar yang dipercayai menetak rakan senegaranya sehingga cedera parah di sebuah ladang sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini 10 Jan lepas.

Cemburu punca lelaki parah ditetak di Taiping
Akibat cemburu, lelaki berusia 29 tahun parah ditetak dengan sebilah parang dipercayai oleh suami seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Dew, Simpang di sini.

Dua beranak cedera ditetak
Seorang wanita warga emas bersama anak lelakinya cedera parah akibat ditetak seorang lelaki dalam kejadian di Kampung Permatang Badak di sini pada Khamis.

Pemandu lori ditetak angkara dendam lama
Dendam disyaki punca seorang pemandu lori cedera akibat ditetak seorang lelaki yang bersenjatakan parang di sebuah rumah di Pandan Perdana, pada Selasa.

Polis tahan wanita warga asing berhubung kes tetak lelaki di Ayer Tawar
Polis menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai menetak kepala kenalannya yang ditemukan mati di ladang sawit berdekatan kilang papan di Ayer Tawar, Manjung semalam.

Angkara dendam, lelaki ditetak di Johor
Angkara dendam, seorang lelaki cedera setelah ditetak dalam satu kejadian di Jalan Scientex Jaya, Taman Scientex, Senai, malam semalam.

Polis masih buru suspek kes tetak, gaduh di Bukit Mertajam
Polis Pulau Pinang masih memburu suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang lelaki dalam pergaduhan di kawasan medan selera di Kampung Baru, Bukit Mertajam.

Polis tahan 3 individu bantu siasatan kes serangan Pengarah Eksekutif Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan usia 45 hingga 51 itu ditahan di sekitar Perai Ahad lepas.

Lelaki parah ditetak abang kandung
Dalam kejadian pada kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Rosli Mat, 37, turut patah tangan kanan manakala abangnya Mohamed Rashid Mat, 48, cedera di tangan kiri.