JOHOR BAHRU:Kementerian Kesihatan (KKM) menasihatkan kompleks beli belah Angsana Johor Bahru Mall di Tampoi, di sini, supaya ditutup sementara berikutan beberapa pekerja di bangunan itu disahkan positif COVID-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, bagaimanapun berkata jika proses sanitasi dan nyah cemar sudah dilakukan dengan serta-merta dan menyeluruh, tiada keperluan untuk menutup premis berkenaan.
Katanya, ia berikutan penutupan premis dibuat bagi membolehkan proses berkenaan dilakukan secara menyeluruh.
"KKM sebenarnya sudah menasihati pengurusan pusat beli belah itu supaya ia ditutup sementara bagi menjalankan proses sanitasi dan nyah cemar secara menyeluruh.
"Proses sanitasi adalah sangat penting bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
"Namun jika pengurusan pusat beli belah cepat buat proses sanitasi dengan menyeluruh, pusat beli belah itu tak perlu tutup," katanya.
Sejak semalam, akaun Facebook rasmi pusat beli belah berkenaan dibanjiri komen netizen yang tidak berpuas hati berikutan tular luahan beberapa individu bekerja di situ yang dikatakan disahkan positif COVID-19.
Mereka kesal pengurusan pusat berkenaan tidak mahu menutup sementara kompleks berkenaan.
Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tampoi dikesan di Johor Bahru dan sudah menjangkiti 17 individu.
Sementara itu, mengulas kebimbangan orang ramai mengenai pusat beli belah itu yang masih dibuka, Dr Adham berkata, semua pihak diminta bertenang.
"Individu yang diklasifikasi kontak rapat dan positif wabak sudah diasingkan segera.
"Yang tinggal hanya yang negatif dan tidak terdedah atau bukan kontak rapat," katanya.
Pengurusan pusat beli belah itu ketika dihubungi Astro AWANI berkata, akan mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu hari ini.
Semakan di akaun Facebook rasmi pusat beli belah itu menyatakan mereka sudah melakukan proses sanitasi dan nyah cemar di premis berkenaan pada 2 dan 4 Disember lalu.
Ernalisa Othman
Mon Dec 07 2020
Mengenai kebimbangan orang ramai pusat beli belah itu masih dibuka, Dr Adham berkata, semua pihak diminta bertenang. -Gambar/ Facebook/@era.je
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rusia, Syria terus berunding mengenai pangkalan tentera
Rusia dan Syria akan mengadakan rundingan lanjut mengenai pangkalan tentera Rusia di Syria, menurut laporan agensi berita Rusia pada Selasa malam.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Laporan itu memetik Timbalan Menteri Luar Rusia, Mikhail Bogdanov, selepas perbincangannya dengan pegawai Syria.
Penularan COVID-19, Angsana Johor Bahru ditutup 7 hari - Jabatan Kesihatan
Arahan penutupan pusat beli belah itu diputuskan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) selepas menilai risiko penularan wabak.
Angsana Johor Bahru Mall dinasihat tutup sementara selepas beberapa pekerja positif COVID-19 - Dr Adham
Datuk Seri Dr Adham Baba, bagaimanapun berkata jika proses sanitasi dan nyah cemar sudah dilakukan dengan serta-merta dan menyeluruh, tiada keperluan untuk menutup premis berkenaan.