Bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin hari ini menarik balik saman pemula yang difailkan terhadap Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi di Mahkamah Tinggi di sini berhubung pemecatan keanggotaannya dalam UMNO, Ogos tahun lepas.
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.
Katanya ini kerana Anina kini anggota jawatankuasa parti yang baru ditubuhkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
"Mahkamah turut memerintahkan Anina membayar kos RM2,000 kepada defendan-defendan," kata peguam itu selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Roslan Abu Bakar.
Turut hadir peguam Nor Hazira Abu Haiyan mewakili Tengku Adnan dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh selaku defendan kedua dan ketiga. Mohamed Haniff Khatri menyebut bagi pihak kerajaan Malaysia selaku defendan pertama dalam kes saman itu.
Pada 3 Jun lepas, Anina memfailkan saman itu bagi mendapatkan pengisytiharan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 sebagai tidak sah dan terbatal dan bercanggah dengan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan iaitu kebebasan diri dan Perkara 8 iaitu kesamarataan di sisi undang-undang.
Katanya Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO iaitu mana-mana anggota yang membawa perkara parti atau keanggotaannya ke mahkamah tanpa mematuhi sepenuhnya peraturan parti akan digugurkan keanggotaan, adalah tidak sah dan terbatal kerana melanggar Perkara 5 dan 8.
Oleh itu Anina mendakwa pemecatan keanggotaannya dalam UMNO pada 28 Ogos 2015 adalah tidak sah dan terbatal. -- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2016

Peguamnya berkata, isu itu tidak lagi relevan serta bersifat akademik kerana Anina kini anggota jawatankuasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia. - Gambar fail

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

Saman fitnah Ismail Sabri terhadap Anina selesai, kedua-dua pihak rekod persetujuan
Saman fitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap bekas ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Anina Saadudin diselesaikan selepas kedua pihak mencapai persetujuan hari ini.

Ismail Sabri saman Anina Saadudin
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ketua Wanita Parti Pribumi Bersatu Malaysia Anina Saadudin atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi FB miliknya.

"Hanya untuk hiburkan kanak-kanak"
Mohd Fisol berkata cop di tangan kanak-kanak semasa Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah hanya untuk keseronokan semata-mata.

Trio veteran UMNO diminta isytihar aset masing-masing - Anina
Tan Sri Rafizah Aziz, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rais Yatim diminta untuk mengisytiharkan aset masing-masing selepas kini giat membantu dalam kempen Pakatan Harapan (PH) dalam PRU kali ini.

Pakatan pembangkang lemah dan longlai - Anina
Bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Anina Saadudin, menggesa rakyat negara ini memilih kerajaan untuk generasi Malaysia pada masa depan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Tahniah Tun Mahathir, kerana berjaya mempergunakan pembangkang - Anina
Tindakan Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika menang PRU14 kelak akan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu sendiri.

Apakah Pakatan tiada calon PM selain Tun M, soal Anina
Jawatan Perdana Menteri sementara yang mungkin diberikan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai calon yang lebih baik daripada bekas perdana menteri itu.

Dr Mahathir mohon kebenaran merayu kes saman salah guna jawatan awam
Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan permohonan kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan berhubung saman salah guna jawatan awam.

Anina tarik balik saman berhubung pemecatannya dalam UMNO
Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Anina berkata saman itu ditarik balik atas alasan tiada lagi isu berhubung keanggotaan Anina dalam UMNO dan ia tidak relevan serta bersifat akademik.

Anina gugurkan saman terhadap PM Najib
Anina telah membuat rayuan terhadap pembatalan saman oleh Mahkamah TInggi pada 31 Disember tahun lalu.