BENTONG:Polis menahan 17 lelaki dan 13 wanita yang mengadakan parti liar di sebuah banglo di Bukit Tinggi, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, serbuan dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamin dan ganja bernilai RM3,750.
"Seramai 30 orang ditahan terdiri daripada 29 warga tempatan dan seorang warga asing berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun.
"Ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 15 lelaki dan 10 wanita positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang wanita positif dadah jenis ketamin," katanya, di sini hari ini.
Menurut Zaiham, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigeresen.
Katanya, kesemua suspek juga direman sehingga 31 Disember bermula semalam untuk siasatan lanjut.
"Kesemua 29 warganegara tempatan masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 di bawah Akta 342 (Peraturan-Peraturan) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) kerana menjalankan aktiviti yang menyebabkan orang ramai hadir sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.
"Bagi warganegara asing pegawai penyiasat akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk dituduh di mahkamah," ujar beliau lagi.
Astro Awani
Sat Dec 26 2020

Daripada 30 orang yang ditahan, 29 merupakan warga tempatan sementara seorang lagi seorang warga asing berumur lingkungan 20 hingga 35 tahun.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.

20 individu ditahan sertai pesta liar dan dadah di kondominium
Polis menahan 20 individu dalam serbuan di dua unit kondominium ketika mereka disyaki sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah.

17 ditahan anjur pesta liar di banglo
17 individu ditahan di sebuah rumah banglo di Kubang Kerian, di sini awal pagi tadi selepas didapati berpesta sambil menjamu dadah.

Empat pelajar sekolah menengah antara 21 ditahan sertai pesta liar
Mereka yang berusia antara 15 dan 40 tahun itu ditahan dalam satu serbuan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.30 pagi.

11 individu hadiri pesta liar homestay di Masai ditahan
Polis menahan 11 warga tempatan termasuk seorang remaja berusia 15 tahun kerana terlibat dalam pesta liar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Parti liar: Guru mengaku tidak bersalah tuduhan miliki dadah
Farid Abdullah, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Rahim.

25 ditahan berpesta liar di kondo inap desa
Seramai 25 individu ditahan ketika sedang asyik berpesta dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di BM City dekat Bukit Mertajam pada Khamis.

Bini 'outstation', laki anjur pesta seks gay
Polis menamakan lelaki terbabit sebagai DS dan pesta liar itu diserbu selepas mendapat maklumat daripada orang awam pada Ahad lalu.

Pelajar sekolah antara 46 ditahan sertai pesta liar di Taiping
Polis juga telah menahan seorang lelaki warga India yang mengaku sebagai penganjur dan penyewa premis terbabit.