PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa hari ini mengadakan pertemuan dengan pegawai-pegawai kanan kerajaan bagi merencana pengemblengan komunikasi strategik ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran inflasi serta kenaikan harga barang.
Antara pegawai kanan kerajaan yang hadir ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, ketua-ketua setiausaha kementerian, ketua unit komunikasi dan pegawainya serta setiausaha akhbar kepada menteri.
Annuar yang merupakan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi menekankan tentang keperluan pelaksanaan dan perancangan komunikasi strategik setiap kementerian dilaksanakan dengan lebih bersepadu.
"Kita perlu kurangkan komunikasi dalam bentuk silo dan bergerak secara bersepadu," katanya kepada pemberita selepas Sesi Libat Urus Komunikasi Strategik YB MenKOMM bersama Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan di sini hari ini.
Pada 30 Jun lepas, Annuar berkata kerajaan melalui Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan memastikan kadar inflasi di Malaysia berada pada tahap rendah serta boleh diuruskan bagi menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia.
Menurutnya, walaupun peningkatan inflasi berlaku di seluruh dunia, namun Malaysia mempunyai kadar inflasi antara paling rendah iaitu kira-kira 2.8 peratus berbanding negara ASEAN lain mahupun negara maju.
Pada sesi libat urus itu, Annuar berkata pendekatan atau keputusan strategik kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia ketika inflasi dan kenaikan harga barang perlu dihebahkan secara menyeluruh agar rakyat tahu kerajaan sentiasa prihatin.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberikan komitmen tinggi untuk memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat sentiasa terjamin, contohnya komitmen kerajaan yang menyediakan RM4 bilion untuk subsidi minyak masak kampit satu kilogram untuk tahun ini.
Pada 2021, jumlah subsidi minyak masak yang ditanggung kerajaan adalah RM2.2 bilion manakala pada 2020 sebanyak RM500 juta.
Semalam, Ismail Sabri ketika di Turkiye berkata kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia.
Ismail Sabri berkata kerajaan terus mengekalkan subsidi untuk barangan seperti ayam, minyak masak, petrol dan diesel, dengan kadar subsidi yang ditanggung kerajaan kini mencecah lebih RM77.7 bilion.
Pendekatan lain dilaksanakan kerajaan dalam menjaga kepentingan rakyat adalah kerajaan mengekalkan tarif elektrik dan air dengan menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan penjanaan lain, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022

Menteri Komunikasi dan Multimedia (MenKOMM) Tan Sri Annuar Musa pada Sesi MenKOMM bersama Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan di Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

PRU15: Hormati tugas pengamal media - Annuar Musa
Annuar berkata ini kerana pengamal media turut mempunyai etika kewartawanan dan peraturan yang perlu dipatuhi ketika menjalankan tugas.

Rakyat diseru ambil pelbagai peluang terhidang dalam ekonomi digital - Annuar
Rakyat negara ini terutama usahawan diseru supaya mengambil pelbagai peluang yang terhidang dalam ekonomi digital bagi mentransformasikan kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.

PM Ismail Sabri deklamasi puisi untuk sampaikan mesej cintakan negara
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini memilih untuk berpuisi bagi menyampaikan mesej kecintaannya pada negara.

Peranan pasukan jihad inflasi luas, tidak terhad isu harga barang - Annuar
Peranan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi tidak terhad kepada isu kenaikan harga barang, sebaliknya ia lebih luas dan melibatkan usaha mengatasi masalah inflasi secara keseluruhan.

Annuar bertemu pegawai kanan kerajaan gembleng komunikasi strategik hadapi inflasi
Ia bagi merencana pengemblengan komunikasi strategik ketika seluruh dunia termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran inflasi serta kenaikan harga barang.

Ketidakseimbangan antara penawaran, permintaan antara faktor kenaikan harga barang - Annuar
Ketidakseimbangan antara penawaran dan permintaan menjadi antara punca kenaikan harga barangan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berbincang minggu depan, galakkan kempen jualan murah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan bagi menggalakkan semua outlet, kedai runcit dan pasar raya melancarkan kempen jualan murah.

Subsidi rakyat tidak dimansuh, sebaliknya pemberian bertambah - Annuar
Menurut Annuar, kerajaan sentiasa prihatin tentang masalah kos sara hidup yang dihadapi rakyat, sehingga menampung sejumlah RM43 bilion subsidi.

Kerajaan stabil, tidak perlu desak bubar Parlimen - Annuar Musa
Annuar berkata tiada keperluan mendesak ketika ini untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dilaksanakan.

Senator Zurainah dilantik Pengerusi FINAS, Mohamad Salim Pengerusi Interim MCMC
Senator Datuk Seri Zurainah Musa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa hari ini sehingga 9 Jun 2024.