Sebagai orang Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mengakui beliau sedih dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang berdepan masalah kemerosotan prestasi dan terpalit dengan isu hutang.
Menteri Wilayah Persekutuan itu, yang memimpin KAFA selama lapan tahun (2008-2016), berkata walaupun tidak bersama lagi dengan pasukan tersebut, beliau tetap membantu KAFA secara senyap.
"Sampai sekarang saya membantu, tahun ini tanpa publisiti... Tahun lalu bantu mereka lunaskan caruman KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), dua tahun lepas pun saya bantu. Sebagai orang Kelantan, sudah pasti saya bantu pasukan negeri saya.
"Sekarang saya Menteri Wilayah Persekutuan, jadi KLFA (Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur) pun kena tengok juga. Tetapi buat masa ini, kedua-duanya saya tak masuk campur, nak tumpu pada urusan di kementerian, jaga gelandangan dahulu," katanya.
Antara kejayaan pada zaman kegemilangan skuad 'The Red Warriors' di bawah pimpinan Annuar ialah memenangi treble pada 2012 iaitu muncul sebagai juara Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA.
KAFA berdepan masalah serius apabila Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan mereka menyelesaikan tuntutan tunggakan gaji bekas pemain importnya, Cassio Francisco de Jesus, Bruno Lopes dan Alaeddine Bouslimi yang berjumlah lebih RM920,000.
Sementara itu, susulan kemelut beberapa pasukan bola sepak dalam saingan Liga-Malaysia (Liga-M) yang masih berpalit dengan isu hutang dan tunggakan gaji, Annuar mengulangi cadangannya agar had gaji pemain ditetapkan.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata penetapan had gaji merupakan antara cara untuk menjaga kemampanan sukan bola sepak negara dengan mengelak peningkatan kos secara mendadak.
"Sekarang ini terjadi begitu kerana pada satu peringkat, kita biarkan bola sepak itu jadi kos tinggi. Bila jadi terlalu mahal, tak boleh 'sustain,' bila tak boleh 'sustain' jadi terhutang. Bila terhutang, terjadilah seperti apa yang jadi seperti Perlis, Kelantan beberapa pasukan lagi yang menghadapi masalah.
"Kita ada model di negara seperti Jepun dan Australia yang mana gaji pemain tak boleh bebas begitu sahaja, sesetengah negara buat konsep 'capping,' setengah negara ada konsep 'marquee players'... Ada pelbagai cara, yang penting liga nasional hendaklah dikawal selia dengan sewajarnya.
"Ia supaya tidak jadi sesetengah pasukan terlalu hebat sebab ada keupayaan kewangan, sesetengah pasukan terpaksa bergelut, akhirnya liga jadi tak menarik kerana dah tahu kalau lawan dengan pasukan itu, mereka akan menang," katanya pada sidang media semalam.
Mengulas lanjut, Annuar berkata FAM mempunyai kaedah untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu ahli gabungannya yang bermasalah terutama ketika berdepan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020

Annuar yang memimpin KAFA selama lapan tahun (2008-2016), berkata walaupun tidak bersama lagi dengan pasukan tersebut, beliau tetap membantu KAFA secara senyap. - Gambar fail/BERNAMA
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.