TANJUNG MALIM: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merupakan antara penerima anugerah utama pada majlis Anugerah Buku Negara 2023 yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.
Mereka antara 11 penerima anugerah utama yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis tersebut.
Mohd Zuki menerima Anugerah Perdana: Tokoh Kepimpinan Prolifik Dalam Memartabatkan Buku Negara dengan penerbitan buku yang berjudul G.R.E.A.T., sementara Amirudin pula menerima Anugerah Perdana: Tokoh Kepimpinan Muda Cemerlang Dalam Memartabatkan Pembangunan Negara.
Amirudin berkata anugerah yang diterimanya itu merupakan satu pengiktirafan kepada Selangor kerana usaha negeri itu melaksanakan beberapa program seperti penterjemahan karya-karya agung yang diterbitkan lebih daripada 60 judul, selain penglibatan aktif Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor dalam pesta buku yang dianjurkan.
"Ini bukan kemenangan peribadi tetapi satu pengiktirafan kepada negeri Selangor yang mempunyai projek pencerahan rakyat melalui buku terjemahan karya-karya agung melalui distribusi buku yang kita laksanakan," kata Amirudin ketika ditemui pemberita pada majlis tersebut.
Anugerah Buku Negara merupakan majlis berprestij yang dianjurkan untuk mengiktiraf dan menghargai warga kerja buku di sebalik tabir industri penerbitan Malaysia, selain sebagai usaha meningkatkan mutu penerbitan judul dan karya baharu serta menyemai budaya menulis dan membaca masyarakat.
Tahun ini majlis anugerah itu menerima penyertaan sebanyak 500 naskhah buku daripada lebih 50 penerbit membabitkan 43 pemenang.
Anugerah Perdana: Tokoh Cendekiawan Ulung Alam Melayu Dalam Memartabatkan Buku Negara pula dianugerahkan kepada Datuk Prof Emeritus Dr Osman Bakar dengan penerbitan buku berjudul Knowledge, Tradition And Civilization - Essays In Honour Of Professor Osman Bakar.
Anugerah perdana lain melibatkan Penerbit Prolifik (Syarikat Di Bawah Agensi Kerajaan) yang diterima Institut Kefahaman Islam Malaysia, Anugerah Khas Perdana: Rakan Strategik Terbaik Dalam Memartabatkan Industri Buku Negara (Majlis Profesor Negara) dan Anugerah Khas: Penggerak Industri Buku Negara (Majlis Buku Kebangsaan Malaysia).
Anugerah Perdana: Penerbit Terbaik (Jabatan Kerajaan) disampaikan kepada Dewan Bahasa dan Pusataka, manakala Penerbit Prolifik (Badan Bukan Kerajaan) diterima Angkatan Belia Islam Malaysia Press; Penerbit Prolifik (Penerbit Universiti) Pejabat Karang Mengarang daripada UPSI; Buku Mewah Terbaik (Buku 30 Techno Dreams - MTDC (Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia) dan Penerbit Prolifik (Swasta) yang diterima Telaga Biru Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Perdana Menteri menyampaikan Anugerah Buku Negara kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali (tiga, kanan) pada majlis perasmian Anugerah Buku Negara dan Sesi Temu Anwar di Kampus Sultan Azlan Shah, UPSI hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Anugerah Buku Negara 2023: KSN, MB Selangor terima Anugerah Perdana
Ketua Setiausaha Negara dan Menteri Besar Selangor antara penerima anugerah utama pada majlis Anugerah Buku Negara 2023.