KUALA LUMPUR: Yayasan Pusat Dasar dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) buat julung kalinya memperkenalkan Anugerah Global MADANI bagi menghargai dan mengangkat sumbangan komuniti tempatan serta antarabangsa yang melakukan transformasi mengikut enam teras Malaysia MADANI.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, anugerah itu merupakan inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan visi untuk menjadi anugerah global terkemuka.
"Diharapkan dengan peluncuran anugerah ini, nilai-nilai Malaysia MADANI berserta semangatnya akan dapat diterapkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat Malaysia malah diperkenalkan kepada masyarakat dunia," katanya kepada pemberita selepas prapelancaran Anugerah Global MADANI di sini hari ini.
Turut hadir Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, Anugerah Global MADANI diharapkan menjadi inspirasi yang mendorong kepada nilai-nilai yang dapat membentuk masa hadapan lebih baik.
"Kita yakin pengiktirafan yang diberi kepada individu dan personaliti terlibat akan menyuntik dalam diri mereka rasa dihargai dan lebih penting lagi, rasa tanggungjawab bahawa tugas mereka untuk melaksanakan enam teras Malaysia MADANI perlu diteruskan tanpa henti dan terus memberi insipirasi kepada orang lain," katanya.
Beliau berkata, dengan itu barulah cita-cita Malaysia MADANI dapat diterjemahkan secara holistik dan difahami oleh semua lapisan masyarakat.
"Sebagai badan pemikir, ini adalah peluang terbaik untuk Yayasan PEACE dalam membantu kerajaan menggalakkan gagasan Malaysia MADANI kepada semua lapisan masyarakat dan seluruh rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024

Fadillah (tengah) bergambar bersama penari-penari persembahan pembukaan selepas melancarkan ‘Global MADANI Awards’ pada Rabu. - Gambar Bernama

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran rebut peluang tukar hak milik
Pemilik hartanah di Negeri Sembilan disaran merebut peluang melaksanakan pertukaran status pegangan hak milik daripada pajakan kepada kekal di PDT sebelum tawaran itu ditamatkan.

Bergurau ada bom dalam beg rakan, warga emas ditahan di LTAPP
Lelaki itu secara berseloroh mendakwa bagasi milik rakannya mengandungi bom ketika pemeriksaan barang di kaunter daftar masuk LTAPP.

Tindakan tegas terhadap sesiapa saja cuba timbul perpecahan dalam negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak sesekali cuba mencetuskan perpecahan di negara ini.

Persatuan Hartanah Bumiputera bantah RUU Pembaharuan Semula Bandar
Persatuan Hartanah Bumiputera itu juga mempersoalkan mengapa RUU URA perlu dibentangkan ketika ini.

Bina Semula Gaza: Negara Arab mungkin bertegas kerana bimbang rakyat memberontak – Pengarah IEIJS
Bimbang dengan risiko pemberontakan rakyat sendiri mungkin menjadi faktor yang menyebabkan negara-negara Arab bertegas dalam isu bina semula Gaza.

KPDN Selangor serbu stor haram, rampas minyak masak paket, LPG di Kapar
KPDN Selangor menumpaskan aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi LPG dan minyak masak paket satu kg dengan nilai rampasan keseluruhan RM200,000 menerusi serbuan di Rantau Panjang.

E-Sepakat pantau isu-isu perpaduan termasuk yang dibangkitkan ahli politik - TKSU KPN
Sistem e-Sepakat digunakan Kementerian Perpaduan Negara untuk memantau sebarang isu-isu perpaduan yang dibangkitkan di setiap peringkat masyarakat.

Anugerah Global MADANI iktiraf sumbangan komuniti tempatan, antarabangsa
Anugerah itu merupakan inisiatif yang diilhamkan oleh Perdana Menteri dengan visi untuk menjadi anugerah global terkemuka.