Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G yang diterima Permata Khamis malam, bukan sahaja melonjakkan program itu di pentas antarabangsa, malah sebagai pembakar semangat kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.
Penaung Permata Datin Seri Rosmah Mansor berkata ini boleh dijadikan dorongan untuk lebih memajukan program berkenaan dengan pelbagai lagi program baharu yang boleh dirangka pada masa hadapan.
"Saya merasakan ini merupakan satu perkara atau fenomena, (yang) anugerah ini boleh membakar lagi semangat kita untuk terus bekerja dan memikirkan sektor atau program baharu untuk kanak-kanak di Malaysia," kata beliau ketika ditemui selepas majlis Anugerah Tadbir Urus Baik Global (3G Awards) 2016 di sini, Khamis malam.
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G disampaikan oleh Dr Sheikha Aisha Faleh Al-Thani, yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Al-Faleh.
Isteri Perdana Menteri itu turut berharap melalui program Permata, ia akan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan masalah sosial di negara ini.
Rosmah yang gembira dengan kejayaan itu, turut melahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah bekerjasama dengan Permata sehingga memungkinkan mendapat pengiktirafan badan antarabangsa.
"Saya juga difahamkan bahawa mereka (pertubuhan antarabangsa) ingin berkongsi (maklumat dan kejayaan) berkenaan Permata di peringkat antarabangsa.
"Saya sudah beritahu mereka dan berkata Insya-Allah, sekiranya memerlukan kerjasama atau pertolongan dari kami, Permata akan sentiasa memberikan segala pertolongan yang diperlukan," kata Rosmah.
Menyentuh mengenai model Permata yang dilihat boleh dijadikan ikutan Negara lain, beliau berkata ia turut dimaklumkan menerusi maklum balas pakar-pakar yang ditemui menerusi lawatan beliau bagi program Permata sebelum ini.
Menurutnya, menerusi maklum balas yang diterima, setiap negara perlu mengadakan program atau model seperti Permata yang bukan sahaja kebajikan kanak-kanak diambil kira, tetapi perkembangan pemikiran kanak-kanak seharusnya diberi perhatian, digilap supaya mereka dapat berkembang, sekali gus member sumbangan kepada negara.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata melalui usaha Permata, ia mungkin antara pendekatan terbaik bagi perbelanjaan modal insan ke arah pertumbuhan ekonomi negara dengan kos sosial yang lebih rendah disebabkan penjimatan kos untuk pemulihan pendidikan, pendidikan khas, kesihatan, pemakanan, kebajikan dan jenayah.
Selain itu, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kerana atas galakan yang tidak berbelah bahagi dan kepercayaan bahawa kanak-kanak adalah khazanah negara yang perlu dipupuk dan dididik dengan baik, diberi perhatian dan kasih sayang sebaik sahaja mereka dilahirkan.
Rosmah berkata ia juga selaras dengan dasar Najib bagi pembangunan modal insan yang inovatif.
Sementara itu, Malaysia turut menerima empat lagi anugerah daripada keseluruhan 24 anugerah yang disampaikan pada majlis itu.
Empat penerima itu ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi '3G Critics' Choice Good Governance Award in Education 2016'; Amanah Ikhtiar Malaysia (3G Women Empowerment Award 2016); Agro Bank (3G Financial Services Award 2016) dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) (3G Best Public Sector Reforms Programme 2016).
Anugerah 3G dibangunkan oleh Cambridge IF Analytica, penyedia perkhidmatan kewangan kepada kerajaan, syarikat korporat dan badan bukan kerajaan untuk mencapai ketelusan, tadbir urus yang baik dan tanggungjawab sosial.
Bernama
Fri May 27 2016

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor merangkap Penaung PERMATA bersalaman dengan pelajar PERMATA Seni ketika tiba di Hotel Hyatt Regency Atakoy malam Rabu. - Foto BERNAMA

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G bakar semangat Permata gerak lebih maju
Anugerah Kebajikan Kanak-Kanak 3G menjadi pembakar semangat kepada semua agensi dan individu yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.