BATU GAJAH: Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata Lat atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Nor Khalid merupakan penerima gelaran Seniman Diraja yang pertama oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.
"Saya menjunjung kasih kepada Sultan Perak kerana memberi pengiktirafan kepada Lat sewaktu dia dapat sendiri mendengar gelaran itu pada namanya berbanding seniman lain yang sudah tiada," kata Annuar ketika ditemui sempena majlis perasmian Galeri Rumah Lat di sini hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Sultan Nazrin Shah yang turut menganugerahkan gelaran Seniman Diraja kepada kartunis itu.
Sementara itu, Mohd Annuar yang merupakan rakan Lat sejak di bangku sekolah ketika berusia 11 tahun berkata semangat setia kepada negara dalam diri mereka ditanamkan oleh seorang guru.
Katanya guru yang berperanan besar memberikan dorongan dan keyakinan kepada Lat ialah mendiang Hew Chai Kee ketika beliau berada dalam Special Malay Class di National Type Primary School (English), Jalan Pasir Puteh, Ipoh.
"Kita mempunyai guru yang memberikan kita nilai yang betul.
'Saya dan Lat sentiasa berasa terhutang budi kepada puan Hew kerana mendidik kami dengan penuh rasa tanggungjawab, kasih sayang dan menanamkan dalam jiwa kami mengenai semangat setia kepada negara.
"Guru itu sentiasa menekankan tentang disiplin dan kerja keras untuk berjaya dan nilai itu kekal dalam diri kami," katanya.
Beliau berkata ibu bapa Lat sendiri merupakan pendorong utama apabila mengenal pasti bakatnya yang mempunyai kelebihan menjadi pelukis sejak alam persekolahan.
Seorang rakan kartunis Zulkifli Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar berkata Lat layak dianugerah Seniman Diraja kerana mempunyai kelas tersendiri berbanding kartunis lain kerana menonjolkan sosiobudaya yang membolehkan sesiapa sahaja mengenali budaya Malaysia melalui karyanya.
"Saya rasa ia jarang ada pada kartunis lain iaitu dari segi gaya melukis beliau menggunakan gaya Malaysia terutamanya Melayu yang tidak digunakan kartunis lain yang kebanyakannya menggunakan pendekatan barat seperti saya malah beliau banyak menonjolkan masyarakat berbilang kaum.
"Sebaliknya Lat tetap mengekalkan sosiobudaya dalam bahan lukis dan caranya selain ada menyentuh berkaitan politik jadi saya rasa itu menyebabkan beliau berada begitu jauh di hadapan berbanding kartunis lain yang ada di negara ini," katanya pada majlis yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (kanan) berkenan berangkat merasmikan Galeri Rumah Lat pada Sabtu. Galeri ini menempatkan kesemua hasil karya seni Datuk Lat (kiri) sepanjang kariernya. -Astro AWANI
Pasca perang Syria: Emir Qatar ketua negara pertama lawat Syria
Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, melakukan lawatan bersejarah ke Damsyik pada Khamis dan bertemu dengan Presiden Peralihan Syria, Ahmed al-Sharaa.
Kekejaman zionis: Gaza musnah, pemulihan makan 10-15 tahun - wakil A.S
Gaza kini dalam keadaan hampir musnah sepenuhnya dan proses pembinaan semula wilayah yang dilanda peperangan itu mungkin mengambil masa antara 10 hingga 15 tahun.
Pasca perang Syria: Presiden baharu umum kerajaan peralihan inklusif
Presiden baharu Syria, Ahmed al-Sharaa, mengumumkan beliau akan membentuk sebuah kerajaan peralihan inklusif yang mewakili pelbagai komuniti untuk membina institusi dan mentadbir negara sehingga pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan.
Penunggang motosikal maut bertembung kereta di Kuala Krai
Sebuah kereta yang dalam perjalanan dari Machang menghala Kuala Krai bertembung dengan motosikal dipandu mangsa dari arah Kuala Krai ke Machang.
Pembebasan tebusan: ‘kezaliman yang tidak terbayangkan’ – Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu mengkritik kaedah pembebasan tujuh tawanan warga Israel di Khan Younis Gaza.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Menerusi hantaran di X, Netanyahu menyifatkan adegan itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Kekejaman zionis: Hamas bebas 3 tebusan, Israel lepas 110 tahanan
Hamas membebaskan tiga warga Israel dan lima rakyat Thailand yang dijadikan tebusan di Gaza pada Khamis.
Thailand sambut baik pembebasan warganya di Gaza
Kementerian Luar Thailand menerima pengesahan daripada Kedutaan Diraja Thailand di Tel Aviv bahawa lima rakyatnya yang ditahan di Gaza telah dibebaskan pada Khamis.
Dalam satu kenyataan di Facebook, kementerian itu memaklumkan bahawa kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
Dalam satu kenyataan di Facebook, kementerian itu memaklumkan bahawa kesemua rakyat Thailand berkenaan sedang dipindahkan ke hospital untuk menerima rawatan perubatan.
The Hague: 9 negara termasuk Malaysia bincang pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel
Kumpulan The Hague akan umum langkah-langkah undang-undang, ekonomi dan diplomatik bagi memastikan Israel bertanggungjawab.
PKR selar kenyataan Rafidah berkaitan usaha kerajaan bantu rakyat Palestin
Amidi berkata, dalam edisi terbaharu perang Hamas-Israel, rejim Zionis serang semua kemudahan awam termasuk masjid, sekolah dan hospital.
Remaja maut kenderaan dinaiki bersama keluarga terbalik
Mohamad Syakirul Faqeh dipercayai meninggal dunia kerana lemas selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam parit.
Anugerah Seniman Diraja: Rakan kartunis anggap Lat paling layak
Mohd Annuar yang merupakan rakan Lat sejak di bangku sekolah ketika berusia 11 tahun berkata semangat setia kepada negara dalam diri mereka ditanamkan oleh seorang guru.
PM seru belia membaca, lawan kebebalan dan cambah daya fikir kritis
Anwar turut berpendapat masih belum terlambat untuk memupuk budaya membaca.
'Bila saya melukis, saya lukis semua orang' - Lat
Mula melukis secara serius sejak di bangku sekolah, Lat melukis siri kartun 'Keluarga Si Mamat' ketika di tingkatan empat yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian.
Mamat Khalid bersyukur, abangnya Datuk Lat semakin stabil
Mamat Khalid ketika dihubungi Astro Gempak berkata, abangnya kini sedang berehat dan semakin stabil.
Datuk Lat berada dalam keadaan stabil - Mamat Khalid
Pelukis terkemuka negara, Datuk Mohammad Nor Khalid berada dalam keadaan stabil, lapor adiknya, Mamat Khalid hari ini.
Jaafar Taib menang Anugerah Perdana Kampung Boy 2015
Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka itu menyifatkan pencapaian berkenaan bukan semata-mata untuk kepuasan dirinya, malah ia adalah kemenangan kepada semua pelukis kartun veteran.
'Anugerah Kampung Boy' bakal angkat karya kartunis tempatan
Majlis penyampaian 'Anugerah Kampung Boy', anugerah khas bagi mengiktiraf bakat kartunis tempatan bakal diadakan pada pertengahan tahun hadapan.