KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman perlu diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini penting bagi memberi signal yang jelas kepada rakyat bahawa terdapat pengasingan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan badan kehakiman dalam menjalankan tugas mengikut kapasiti masing-masing.
"Saya rasa tidak harus perdana menteri itu mencalonkan hakim yang senang dengan dia, walaupun ada satu dua yang saya rasa patut teliti semula, tapi saya fikir lebih baiklah saya beri signal yang jelas beri ruang kepada Ketua Hakim Negara dan badan kehakiman untuk menjalankan tugas mereka dengan bebas dan profesional berlandaskan fakta dan hukum, bukan kerana nafsu, kemarahan ataupun puak," katanya dalam temu bual Naratif Khas Bersama Perdana Menteri di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi.
Beliau berkata badan kehakiman yang dulunya tidak diragui dan tidak mungkin disangkal, dianggap berkompromi di bawah penguasaan eksekutif, selain pandangan Majlis Peguam Malaysia dan Suruhanjaya Juri Antarabangsa (ICJ) yang menganggap ada kepincangan dan kelemahan dalam badan kehakiman.
"Tapi kita lihat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ada perubahan dan pelantikan badan kehakiman umpamanya, saya belum pernah campur satu pelantikan pun sekali. Saya ikut proses Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) dan kemudian Ketua Hakim Negara mengemukakan (nama) dan saya terima," katanya.
Mengenai isu rasuah dan integriti, Anwar berkata beliau telah memberikan kelonggaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk bertindak menyiasat sepenuhnya, bermula dari peringkat atasan.
"Saya beritahu kepada pihak penguatkuasaan harus tegas tidak kira ...(sesiapa pun) dan kepada rakan-rakan Jemaah Menteri pun, saya setiap minggu pesan bahawa saya tidak pertahankan andai kata ada kesilapan ataupun bukti tentang amalan memunggah kekayaan negara," katanya.
Beliau juga berkata berdasarkan kes di negara ini, terdapat 'ikan bilis' dan 'jerung' yang telah ditangkap dan dipenjarakan kerana isu terbabit dan percaya ada banyak lagi kes seperti itu berlaku.
"...yang agak memualkan saya ialah kita ada pengalaman di mana 'orang besar' pun sudah ditangkap tetapi belum ada pengajaran. Kalau lihat umpamanya fail-fail (isu) tebatan banjir, Menara Kuala Lumpur dan Jana Wibawa, setiap kes itu ada sahaja percubaan pemunggahan kekayaan oleh tokoh-tokoh itu.
"Jadi dalam kesempatan sedia ada, insya-Allah saya akan pastikan ada tindakan supaya dijadikan pengajaran kepada mereka yang lalu dan yang sekarang," katanya.
Menjawab kritikan sesetengah pihak kononnya pendekatan sedemikian berunsur politik dendam, Anwar berkata ia hanya dianggap begitu jika ada 'orang takut disiasat.'
Katanya beliau tidak pernah masuk campur malah telah memberi arahan yang jelas kepada SPRM bahawa kerajaan pimpinannya tidak mahu bersikap menutup kes atau memilih dalam soal siasatan.
"...tetapi sepertimana yang kita lihat, umpamanya yang berlaku sekarang ialah beberapa langkah untuk terus menyiasat tapi terus ada tuduhan seolah-olah ini balas dendam.
"(Hakikatnya) kalau kita tidak buat apa-apa, mereka kata ini bukan tadbir urus yang baik, mahu menutup kes rasuah yang besar, tapi bila kita ambil tindakan, mereka kata ini politik untuk menekan pihak tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Anwar pada temu bual dalam rancangan Naratif Khas bersama Perdana Menteri terbitan Radio Televisyen Malaysia semalam. -- fotoBERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

PM Anwar laksana program Ihya' Ramadan, santuni penjawat awam, rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melaksanakan Program Ihya' Ramadan di pelbagai kementerian sepanjang bulan Ramadan ini.

Pejabat PM adakan taklimat harian, salur maklumat sahih kepada rakyat
Taklimat ini akan disiarkan menerusi Facebook Anwar Ibrahim dan PMO Malaysia pada jam 11 pagi dan 5 petang setiap hari.

Dataran Merdeka hingga Carcosa Seri Negara jadi Tapak Warisan Kuala Lumpur - Anwar
Anwar menyembah maklum kepada Sultan Selangor bahawa Bangunan Sultan Abdul Samad perlu dikekalkan sebagai tanda Warisan Kesultanan Melayu yang agung.

PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
nwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

Anwar hargai dukungan parti dalam Kerajaan Perpaduan, tidak layan cubaan rosak kerukunan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.

PM Anwar beri bantuan kepada 166 penerima di DUN Beserah, Semambu
Sumbangan disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi.

PM Anwar ajak umat Islam amal ihsan, adab bagi memaknai Ramadan
Beliau berkata Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.

Jangan salah guna kebebasan berhimpun untuk menipu, fitnah - PM Anwar
Anwar membidas pihak yang memainkan sentimen memperjuangkan hak orang Melayu dalam isu pembangunan bandar, namun tidak melakukan usaha semasa mentadbir negara sebelum ini.

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah
Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.