TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan empat bidang kerjasama bagi memperluas dan memperdalamkan kolaborasi dalam ASEAN, untuk memperkasakan rakyatnya supaya berdaya tahan dan lebih mampu menangani cabaran masa depan.
Beliau menjelaskan kepada pemimpin ASEAN dan Jepun selaku tuan rumah Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun di sini, empat bidang itu ialah Kesihatan Awam, Pengawalan Iklim, Pengurusan Bencana dan pertukaran Rakyat dengan Rakyat.
Anwar berkata belajar daripada pandemik COVID-19, ASEAN dan Jepun mesti terus berwaspada terhadap krisis kesihatan masa hadapan.
Dalam hal ini, ketika rantau ini bergerak ke arah mengoperasikan Pusat ASEAN untuk Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Memuncul beliau berkata Malaysia mencadangkan agar Negara Anggota ASEAN dan Jepun menempatkan penyelidik di pusat itu.
"Kita harus mengumpulkan penyelidik daripada pelbagai latar belakang, pengalaman dan pengetahuan, bagi membentuk satu pasukan yang boleh membantu menangani cabaran kesihatan masa hadapan dengan lebih baik," katanya dalam ucapannya semasa Agenda 3 bertemakan Heart to Heart Partners Across Generations.
Mengenai pengawalan iklim, Perdana Menteri berkata ASEAN dan Jepun harus terus bekerjasama rapat, untuk memajukan strategi mitigasi dan penyesuaian serantau dan nasional.
"Melambatkan perkara ini akan memburukkan lagi kesan perubahan iklim yang tidak dapat dipulihkan semula, satu realiti yang telah pun dialami oleh sesetengah pihak," katanya.
ASEAN dan Jepun harus mengambil kira keputusan penting COP28, terutamanya mengenai pengiraan stok global, matlamat global untuk adaptasi dan dana kerugian dan kerosakan.
"Saya mengalu-alukan komitmen awal Perdana Menteri Kishida sebanyak AS$10 juta untuk perkara itu dan saya menggalakkan Jepun untuk melakukan lebih lagi dalam membantu negara membangun dengan peralihan tenaga secara adil, teratur dan saksama," katanya.
Anwar berkata rantau itu telah menyaksikan peningkatan dalam kejadian cuaca ekstrem, daripada kemarau hingga banjir dan tanah runtuh, yang memerlukan tindakan daripada bidang ketiganya iaitu - pengurusan bencana.
Beliau berkata inilah sebabnya Malaysia menghargai sumbangan Jepun untuk mengoperasikan Pusat Penyelaras ASEAN bagi Bantuan Kemanusiaan Pengurusan Bencana (Pusat AHA).
Anwar mencadangkan kerjasama yang lebih mendalam dengan Jepun, dalam usaha berterusan untuk menubuhkan Pusat Bantuan Bencana Kekal, memanfaatkan pengalaman dan kepakaran luas Jepun dalam pengurangan risiko bencana.
Dalam menyatukan rakyat di rantau ini, Malaysia menghargai inisiatif Jepun seperti JENESYS1, yang membantu merapatkan jurang budaya dan memupuk rasa identiti bersama.
Adalah sesuatu yang penting untuk program JENESYS kembali kepada format asal bersemukanya, untuk interaksi bermakna dalam kalangan pelajar dan belia kita.
Di pihak Malaysia, beliau berkata negara itu akan menggalakkan pelajar dari semua Negara Anggota ASEAN ke kampus cawangan Universiti Tsukuba Jepun di Malaysia, untuk melanjutkan pelajaran peringkat tinggi mereka.
Anwar berkata Malaysia mengalu-alukan inisiatif baharu Jepun 'Perkongsian untuk Mencipta Masa Hadapan Bersama dengan Generasi Akan Datang'.
Berikutan cadangan ini, para pemimpin menerima pakai kenyataan visi dan pelan pelaksanaan yang memberi tumpuan kepada kerjasama masa depan di bawah tema penciptaan bersama, pada akhir sidang kemuncak itu.
Sidang kemuncak peringatan itu dipengerusikan bersama Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida, selaku tuan rumah dan Presiden Indonesia Joko Widodo.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023

Anwar berkata belajar daripada pandemik COVID-19, ASEAN dan Jepun mesti terus berwaspada terhadap krisis kesihatan masa hadapan. - Foto Bernama

Jabatan Perikanan Perak tekad perangi populasi ikan asing
Jabatan Perikanan Perak terus komited memerangi populasi spesies ikan asing yang merupakan ancaman besar kepada ekosistem sungai di negeri ini, kata Pengarahnya Mohd Ghazali Abd Manap.

Malaysia, Indonesia perkukuh kerjasama keselamatan maritim
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Badan Keamanan Laut Indonesia (Bakamla) menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama maritim bagi menjamin keselamatan perairan kedua-dua negara.

40 rakyat China yang ditipu untuk masuk secara tidak sah ke Thailand dihantar pulang
Operasi itu adalah contoh kerjasama berterusan kedua-dua negara untuk menangani aktiviti jenayah rentas sempadan.

Polis kesan suspek isu 3R libat fitnah MB Perak, JAIPk
Satu kertas siasatan dibuka membabitkan komen jelik berbaur fitnah terhadap Saarani manakala satu lagi berkait teks khutbah disediakan JAIPk.

JKNPP beri kerjasama kepada polis kes doktor ditahan berkelakuan tidak senonoh
Pihak JKNPP memandang serius dan tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku pegawai perubatan itu.

Kelemahan sistem pengairan, saliran penyebab utama pengurangan hasil padi - Mohamad Sabu
Projek Pembangunan Infrastruktur diumumkan bagi menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun.

Jabatan Kesihatan Kelantan tutup lima premis jual makanan didapati kotor di Tumpat
Jabatan Kesihatan Kelantan mengarahkan lima premis menjual makanan yang tidak memenuhi tahap kebersihan ditetapkan, ditutup selama 14 hari di sekitar Tumpat, semalam.
Cipta sejarah Malaysia Book of Records
Hada Labo mencipta sejarah dalam Malaysia Book of Records dengan penyertaan paling ramai dalam acara demonstrasi penanggalan solekan.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.
Dialog ASEAN25: Timor-Leste in ASEAN is it finally time?
On this episode of Dialog ASEAN25, we’ll take a closer look at Timor-Leste’s journey, its challenges, and what full membership would mean for the country and the region. Melisa Idris speaks with His Excellency Lisualdo Gaspar, Timor-Leste Ambassador to Malaysia, and Dr Khoo Ying Hooi, Associate Professor in the Department of International and Strategic Studies at Universiti Malaya and the first Malaysia to be appointed to the International Advisory Council of the Centro Nacional Chega! (CNC).

PM Anwar menghadap Sultan Sallehuddin sembah maklum pembangunan negara dan Kedah
Anwar turut menyertai Sultan Kedah dan Raja Muda Kedah untuk santapan tengah hari selepas sesi menghadap.

PM Anwar beri sumbangan tunai bantu nelayan terjejas pendapatan
Keadaan rumah nelayan tersebut, Supian Saman, sangat daif dengan dinding rapuh dan bumbung yang tidak mampu menahan hujan lebat.

PM Anwar tegas tolak rasuah dalam pertahanan negara
Beliau berkata perbuatan sedemikian bukan sahaja mengkhianati amanah yang diberikan, tetapi juga merosakkan keselamatan serta keamanan negara.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.

Anwar dijadual lancar projek pembangunan infra penanaman padi di Kedah hari ini
Majlis yang dijadual bermula 2.30 petang itu dijangka turut dihadiri Datuk Seri Mohamad Sabu dan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

PM Anwar harap kerjasama Petronas-Petrovietnam dimeterai Mei ini
Beliau berkata kerjasama melibatkan pelaburan bernilai berbilion ringgit itu bakal memberi pulangan yang baik kepada kedua-dua negara.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.

Kerajaan jimat RM1.7 bilion, segerakan PLSB Sungai Golok - PM Anwar
Kerajaan telah menjimatkan RM1.7 bilion apabila pembinaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok disegerakan.