PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan menerima ugutan daripada 'geng penyakau besar' selepas kerajaan pentadbirannya bertekad menghapuskan rasuah dan menyelamatkan negara daripada tindakan individu yang merompak kekayaan negara.
Anwar berkata, beliau tiada masalah dengan ugutan yang diterima malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa.
"Macam-macam ugutan saya terima, geng-geng kaya raya ini dah berpakat. Saya tak ada masalah, itu kerja dia.
"Geng-geng penyakau besar berbilion-bilion berpakat sekarang ini nak buat hidup Melayu...hang (kamu) buat lah, saya lawan tetap lawan untuk pertahankan prinsip ini," katanya ketika berucap pada kenduri korban dan solat Jumaat di Masjid Jamek An-Nur, Kampung Guar Perahu di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau terbuka untuk ditegur dan dikritik sekiranya terdapat kelemahan dalam pentadbiran kerajaannya, namun bukan difitnah tanpa fakta dan penilaian yang adil.
Beliau mengakui dirinya mungkin ada kekurangan serta kelemahan dan bersedia ditegur, namun bukan dicerca dan fitnah.
"Politik ini bukan fitnah...boleh kritik kerana saya bukan betul semua, saya pun ada kekurangan mungkin saya tak tahu, mungkin saya ada kelemahan tapi bagi tahu la.
"Tapi cerca dan fitnah ini tak boleh, tidak kira sesiapa pun Cina atau Melayu, pakai kopiah atau kot, ini tak boleh," katanya.
Beliau turut mengulas dakwaan perjanjian sempadan maritim Malaysia-Indonesia ditandatanganinya bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 8 Jun lalu membabitkan blok perairan itu sebagai fitnah dan tidak benar.
Jelasnya, beliau tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian maritim dengan Indonesia membabitkan blok Ambalat berikutan tidak bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan Indonesia dan begitu juga dengan Indonesia yang tidak bersetuju dengan tuntutan Malaysia.
"Jadi yang tu tangguh...yang lain kita tandatangan tapi belum ada fakta.
"Ini di luar sana ada yang mengatakan seolah-olah Anwar ini seorang Perdana Menteri yang khianat dan jual kepentingan negeri kita," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jun 30 2023

Anwar berkata, beliau tiada masalah dengan ugutan yang diterima malah bertekad untuk mempertahankan prinsip melawan rasuah dan salah guna kuasa. - Gambar fail

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lawatan Anwar ke Bahrain perkukuh hubungan dua hala, jemput ke Sidang Kemuncak ASEAN
Jumlah eksport Malaysia ke Bahrain meningkat 17.4 peratus kepada RM251.2 juta (US$54.8 juta) daripada RM214.0 juta (US$46.9 juta) pada 2023.

Lawatan PM ke Bahrain bakal buka lembaran baharu hubungan diplomatik 50 tahun
Anwar juga dijadual menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa yang merupakan satu penghormatan tinggi kepada Malaysia.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

PM Anwar mahu sekolah jadi tempat selamat, selesa
Beliau menekankan pentingnya tanggungjawab bersama oleh pemimpin, guru, pendidik, dan ibu bapa demi kejayaan anak bangsa, serta mengimbau peranan besar seorang guru dan pendidik.