Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kumpulan pendidikan Cina Dong Zong dan pertubuhan Melayu supaya tidak meneruskan dengan sidang anti atau pro-Jawi.
Beliau berkata kontroversi tulisan Jawi dikhuatiri akan menghangatkan suhu politik dan kaum.
Justeru itu beliau menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.
"Penganjuran sidang anti-Jawi akan mengundang reaksi sidang pro-Jawi. Perlu diingati bahawa tulisan Jawi merupakan sebahagian dari khazanah budaya bangsa dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata Malaysia kekal sebagai negara pelbagai kaum dan budaya yang mana rakyat harus berbangga serta menghormati kepelbagaiannya.
Selain itu katanya, keutamaan bidang pendidikan adalah ke arah peningkatan mutu pelajaran.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jumaat lepas memberikan amaran kepada Dong Jiao Zong agar membatalkan hasrat mereka menganjurkan kongres yang dijadual diadakan pada 28 Dis ini sebagai bantahan terhadap pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.
Perdana Menteri berkata ia mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga akan turut menganjurkan kongres mereka bagi membincangkan usaha menutup sekolah vernakular Cina.
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bekerjasama rapat dengan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dalam isu pendidikan Cina. Kedua-dua mereka merupakan peneraju dalam pendidikan Cina dan dikenali sebagai "Dong Jiao Zong", menurut laman sesawang rasmi Dong Zong.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019

Anwar menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

Anwar gesa semua pihak tidak teruskan sidang anti, pro-Jawi
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak termasuk Dong Zong untuk kembali ke ruang dialog.