KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini hadir ke majlis tayangan perdana "Anwar: The Untold Story" iaitu sebuah filem yang memaparkan kisah hidup serta perjuangan politik beliau.
Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi tayangan di Dadi Cinema, Pavillion, di sini kira-kira 8.15 malam.
Kehadiran Anwar yang juga Menteri Kewangan itu disambut meriah oleh hadirin dengan laungan "Reformasi" bergema di sekitar pawagam itu.
Turut hadir pada majlis anjuran DMY Creation yang juga pengedar rasmi filem itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil serta Pengasas dan Pengerusi DMY Creation Datuk Mohamed Yusoff.
Lebih 250 tetamu kehormat terdiri daripada tokoh politik, penggiat industri kreatif dan beberapa personaliti terkenal tempatan termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza juga hadir memeriahkan majlis itu.
"Anwar: The Untold Story" ialah filem arahan pengarah dari Indonesia, Viva Westi dan dibintangi pelakon tempatan popular, Farid Kamil Zahari yang memegang watak sebagai Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak sebagai Dr Wan Azizah.
Filem berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 itu, menceritakan mengenai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.
"Anwar: The Untold Story" yang membabitkan kos RM10 juta itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 18 Mei ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 08 2023
Anwar yang ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di lokasi tayangan di Dadi Cinema, Pavillion, kira-kira 8.15 malam. - Gambar Bernama
Lebih 18,000 kandungan di media sosial diminta diturunkan - Fahmi
Sebanyak 18,785 kandungan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh MCMC sejak 1 Januari lepas.
Zoo Yangon sambut ulang tahun ke-119
Zoo Yangon menyambut ulang tahun ke-119 yang juga merupakan zoo tertua di asia tenggara.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.
Penjawat awam direman bantu siasatan kes tuntutan palsu RM132,000
Seorang penjawat awam direman membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berkaitan bayaran saguhati kepada saudara baru.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Singapura perkenal program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung
Singapura memperkenalkan program penjagaan paliatif awal untuk pesakit jantung dengan pembiayaan sebanyak SGD6.5 juta.
Singapura perketat kawalan penggunaan skrin untuk kanak-kanak
Singapura memperkenalkan langkah lebih ketat untuk mengawal penggunaan skrin oleh kanak-kanak dalam usaha untuk memupuk gaya hidup lebih sihat.
Sekolah di sekitar Bangkok ditutup susulan pencemaran udara
Beberapa sekolah di sekitar Bangkok diarah tutup untuk sementara waktu susulan pencemaran udara yang berada pada tahap tidak sihat.
WEF2025: The Geoeconomics of Energy and Materials
In an increasingly volatile geopolitical and technological landscape, where should leaders focus their attention to effectively shape the geoeconomics of energy and materials?
Fahmi kenang perjalanan 25 tahun PKR
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengenang semula perjalanan parti PKR 25 tahun lepas yang bermula dengan satu gerakan massa.
Anwar hadir tayangan perdana filem "Anwar:The Untold Story"
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini hadir ke majlis tayangan perdana "Anwar: The Untold Story" iaitu sebuah filem yang memaparkan kisah hidup serta perjuangan politik beliau.
'Saya tidak akan kritik pengganti secara terbuka' - PM Najib
Menurut Datuk Seri Najib Razak, penggantinya akan lakukan perkara yang lebih baik daripada keadaan ketika beliau memegang petandbiran negara.