KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi pengalaman dengan pengurus legenda pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, untuk dicontohi persatuan dan badan sukan di negara ini dalam membangunkan bakat individu dalam sukan.
Bercakap pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini, hari ini, Anwar, yang mengimbau perbualan dengan Ferguson selepas dipertemukan oleh bekas Naib Presiden, Amerika Syarikat (AS), Al Gore di New York suatu ketika dahulu, berkata antara yang paling diingati adalah bagaimana pengurus tersohor itu menjadikan amalan kasih sayang dan saling menghormati sebagai paksi membentuk sebuah pasukan yang berjaya.
"Bukan mudah untuk kumpul dan satukan pemain daripada pelbagai negara dengan latar belakang sosiobudaya, agama dan cara hidup yang berbeza sebelum datang ke Manchester United.
"Alex Ferguson kata sebagai ketua, kita mesti ada sikap kasih sayang dan hormati perbezaan yang ada dalam kalangan pasukan dan dari situ, barulah dia dapat membentuk hubungan erat sesama pemain biarpun mereka datang dari latar belakang yang pelbagai," katanya.
Majlis berprestij itu di Majlis Sukan Negasra (MSN), Bukit Jalil, di sini, dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, timbalannya, Adam Adli Abd Halim, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria serta kepimpinan persatuan dan badan sukan negara.
Mengulas lanjut, Anwar berkata sikap terbuka Ferguson dalam menjaga hak dan kebajikan pemain wajar dicontohi pengurus dan pentadbir sukan di negara ini dalam pengurusan serta pembangunan atlet masing-masing.
"Once you win their heart you eventually win the game (sebaik sahaja anda menawan hati mereka, akhirnya anda memenangi perlawanan) ," katanya memetik ungkapan Ferguson dan menambah ia juga sesuai dijadikan pegangan oleh mereka yang terlibat dalam pembangunan atlet dan sukan negara.
Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa kebajikan atlet merupakan antara perkara penting yang dititikberatkan beliau dan mahu semua persatuan atau badan sukan memberi perhatian khusus mengenainya.
Anwar berkata kejayaan dalam bidang sukan tidak mungkin dapat dicapai jika kebajikan atlet diabaikan.
"Sebab itu, saya setuju dengan amaran keras yang diberikan menteri terhadap sebarang keterlanjuran oleh pihak yang diberikan amanah menjaga persatuan dan badan sukan, lebih-lebih lagi dalam kes melibatkan kebajikan anak-anak yang terlibat dalam bidang sukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023
Anwar berkata, sikap terbuka Ferguson dalam menjaga hak dan kebajikan pemain wajar dicontohi pengurus dan pentadbir sukan di negara ini dalam pengurusan serta pembangunan atlet masing-masing. - Gambar fail
Perangkap harimau di Kampung Kolam dikekalkan - Perhilitan Perak
Perangkap harimau yang dipasang Perhilitan Perak di Kampung Kolam, Tanjung Rambutan di sini pada 21 Jan, tidak akan dibuka.
Afrika Selatan tegas teruskan kes genosid Israel di ICJ walaupun diancam Trump
Tiada "sebarang kemungkinan" bagi Afrika Selatan untuk menarik balik kes yang difailkan pada Disember 2023 itu.
Menteri Libya selamat daripada cubaan bunuh di Tripoli
Menteri itu cedera dalam serangan selepas lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah kenderaannya.
AWANI Tonight 12 Feb 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
1. Act quick to enhance English proficiency among students - PM
2. Trump orders large scale cuts in federal workforce
Ringgit ditutup mendatar berbanding dolar AS susulan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan sentimen berhati-hati terhadap unjuran ekonomi semasa.
Consider This: Data Centres — What’s In It for Malaysia?
In the past couple of years, Malaysia has emerged as Southeast Asia’s leading investment destination for data centres. But amidst the buzz, concerns are mounting. Data centres are electricity and water guzzlers—straining national resources without necessarily delivering high-skilled jobs or significant economic value. So how do we ensure that these investments truly benefit the nation? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Professor Dr Ong Kian Ming, Pro Vice-Chancellor for External Engagement at Taylor’s University. He previously served as Deputy International Trade and Industry Minister.
AWANI Tonight: Last Saturday of September is Malaysia's Cleanup Day
Malaysia will designate the last Saturday of every September as Malaysia Cleanup Day, with the Housing and Local Government Ministry leading the annual nationwide program approved by the Cabinet.
AWANI Tonight: Trump orders large-scale cuts in federal workforce
U.S. President Donald Trump has signed another executive order to reduce the federal workforce, directing agencies to work with top adviser Elon Musk and identify employees to be laid off
Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.
Nasib kanak-kanak cedera dipercayai dipukul ibu dapat perhatian Menteri Pendidikan
Fadhlina yang diwakili Pegawai Khasnya menyampaikan sumbangan termasuk bakul makanan Rahmah, peralatan sekolah dan wang tunai kepada kanak-kanak perempuan itu.
Eric Cantona berang Manchester United tidak hormat Alex Ferguson
Eric Cantona, berang dengan pemilik bersama kelab Manchester United, Ineos, yang memecat Alex Ferguson daripada peranan duta besar.
"Saya tidak boleh bayangkan Ronaldo beraksi di Piala Dunia 2026" - Alex Ferguson
Ferguson percaya Ronaldo sudah memiliki segalanya sepanjang karier bola sepaknya.
Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold kekasih lama Alex Ferguson
Nenek pertahanan Liverpool, Trent Alexander Arnold pernah menjadi kekasih legenda Manchester United, Sir Alex Ferguson suatu ketika dahulu.
Ferguson, Wenger dua pengurus pertama dalam Hall of Fame EPL
Dua bekas pengurus yang pernah berseteru itu tersenarai untuk menyertai Hall of Fame EPL, yang mula diperkenalkan pada 2021.
Anwar kongsi pengalaman dengan Sir Alex Ferguson
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkongsi pengalaman dengan pengurus legenda pasukan Manchester United, Sir Alex Ferguson, untuk dicontohi persatuan dan badan sukan di negara ini dalam memb
Mengapa sekarang? Carragher persoal permintaan Ronaldo tinggalkan United
Cristiano Ronaldo sepatutnya memberitahu Manchester United bahawa dia mahu meninggalkan kelab pada penghujung musim lalu dan bukannya menjatuhkan kejutan pada Julai.
Layanan 'pengering rambut' Ferguson cairkan Ronaldo
Apa yang tersirat di dalam minda Sir Alex Ferguson semestinya ditanya-tanyakan oleh peminat bola sepak seantero dunia.
Ferguson kunci kepulangan Ronaldo ke Manchester United
United semalam mengumumkan telah mencapai persetujuan dengan Juventus bagi mendapatkan khidmat bintang Portugal itu.
100 perlawanan EPL Solskjaer: Bagaimana bandingan dengan Ferguson dan pengurus United yang lain?
Di United, terdapat prestasi naik turun dipamerkan, tetapi persembahan menyamai rekod ke atas Saints adalah bukti peningkatan dipamerkan pasukan di bawah kendalian Solskjaer musim ini.
Rashford ingat pesan Mourinho cara menangi sepakan penalti
United meraih sepakan penalti yang luar biasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini berbanding seteru mereka dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).