KUALA LUMPUR:Proses pelantikan perdana menteri dan seterusnya pembentukan kerajaan perlu dibuktikan dengan jelas terutama mengenai peralihan sokongan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, demikian menurut pandangan pakar perlembagaan.
Mereka berkata walaupun dalam perundangan tidak menyatakan secara terperinci mengenai kaedah dalam menentukan kedudukan perdana menteri yang hilang majoriti atau pihak mendakwa mendapat sokongan majoriti, peralihan sokongan itu secara kebiasaannya dibuktikan melalui akuan bersumpah (SD) ahli Dewan Rakyat.
Justeru, mereka menyifatkan nasihat Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, menunjukkan proses tersebut belum dipenuhi.
Pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof berkata kenyataan Istana Negara bahawa Anwar tidak mengemukakan senarai Ahli Parlimen yang menyokongnya setakat ini memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hilang majoriti.
"Proses membentuk kerajaan atau melantik perdana menteri perlu melalui proses jelas. Pertama kena beri gambaran jelas bahawa Perdana Menteri tidak mendapat sokongan Ahli Dewan Rakyat. Kedua, pihak mendakwa mendapat sokongan kena tunjukkan sokongan yang jelas seperti ada senarai nama jelas mengenai peralihan sokongan yang nyata (dalam Parlimen). Teguran dari Istana menunjukkan perkara itu tidak berlaku. Seolah-olah apa berlaku ini acah-acah politik.
"Dalam perundangan memang tidak dinyatakan secara jelas mengenai cara atau kaedah secara terperinci mengenai perdana menteri yang hilang sokongan atau pihak mendapat sokongan. Tapi melalui amalan kebiasaan, perkara ini boleh dinyatakan dengan jelas dengan mengemukakan SD Ahli Parlimen atau senarai nama," katanya ketika dihubungi Bernama mengenai kemelut politik melanda negara susulan tindakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang menghadap Al-Sultan Abdullah untuk membentuk kerajaan selepas mendakwa mendapat sokongan majoriti lebih 120 Ahli Parlimen.
Anwar, bagaimanapun, hanya mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan terhadapnya untuk membentuk kerajaan ketika sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara hari ini.
Namun, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataan Istana Negara, berkata Anwar tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya untuk mengukuhkan dakwaan berkenaan.
Sehubungan itu, Al-Sultan Abdullah menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Pakar perlembagaan yang juga penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Dr Shamrahayu Abd Aziz berkata teguran Istana Negara itu menunjukkan Ketua Pembangkang itu tidak mengikut proses undang-undang yang sepatutnya.
"Mengikut Perkara 43 Fasal 2 Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan.
"(Bagaimanapun) belum ikut proses sebab tidak membuktikan yang perdana menteri sudah hilang kepercayaan (majoriti dalam Parlimen). (Anwar) perlu buktikan yang perdana menteri tiada majoriti dan beliau mendapat sokongan majoriti dengan jelas," katanya.
Dr Shamrahayu berkata "jika mengikut Perkara 43 Fasal 4, seorang perdana menteri yang hilang majoriti boleh berjumpa Agong dan meletak jawatan, atau Agong membubarkan Dewan dengan nasihat perdana menteri.
Terdahulu hari ini, Anwar pada sidang media khas beberapa jam selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong memaklumkan telah mempersembahkan dokumen 'sahih' sokongan lebih 120 Ahli Parlimen terhadapnya kepada Al-Sultan Abdullah.
Bernama
Tue Oct 13 2020
Pakar Perlembagaan menyifatkan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya Anwar akur dan menghormati proses perundangan, menunjukkan proses tersebut belum dipenuhi. - Gambar Astro AWANI
Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan
Trump dijangka melawat selatan California untuk tinjau kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di tengah-tengah ketegangan yang berterusan dengan Gabenor Demokrat.
Suami isteri maut, tiga cedera dalam kemalangan di Mersing
Sepasang suami isteri maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Mersing-Endau, Kampung Bukit Buruk, pada Jumaat.
Pertama kali dalam sejarah Denmark, pendakwa raya fail pertuduhan kes hina al-Quran
Pendakwa Raya di Copenhagen telah membawa kes pertama pelanggaran Seksyen 110e(2) Kanun Jenayah Denmark mengenai layanan yang tidak wajar terhadap kitab suci agama.
Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.
Kerugian bertambah dan hasil menurun pada suku keempat Boeing
Keputusan ini dipengaruhi oleh pemberhentian kerja dan perjanjian dengan IAM serta caj untuk beberapa program pertahanan, angkasa lepas dan keselamatan.
Malaysia terus kekal teraju kewangan Islam dunia
Malaysia berada di kedudukan pertama buat kali ke-12 berturut-turut dengan skor tertinggi 144 mata, diikuti Arab Saudi (119).
Kepengerusian ASEAN: PETRA pacu agenda tenaga, bina kemakmuran
Mesyuarat Khas Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga menerima lapan keutamaan tahunan yang dicadangkan untuk sektor tenaga ASEAN 2025.
Masters Indonesia: Beregu negara tempah tiket ke final lebih awal
Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Kai Wun Tee dijadual berentap dalam aksi beregu lelaki hari ini.
Bantuan Kasih YKM mula diagihkan hujung bulan ini
Keputusan dibuat pada Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Dis lepas untuk memberi bantuan secara bulanan berbanding tahunan seperti sebelum ini.
Bomba laksana projek rintis PGOK di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya - KP Bomba
PGOK merupakan penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi yang bertindak sebagai nadi komunikasi dan pengoperasian JBPM.
Anwar tiada masalah dengan "Himpunan Rakyat Benci Rasuah", tapi gesa bersifat adil
Perdana Menteri secara peribadi tidak mempunyai masalah tentang penganjuran "Himpunan Rakyat Benci Rasuah" yang bakal berlangsung pada Sabtu.
Dunia semakin tidak menentu, Malaysia perlu perkukuh kekuatan dalaman – PM Anwar
PM Anwar gesa rakyat untuk bangkit dan memberi fokus kepada bidang yang kritikal seperti ilmu dan kemahiran, keterampilan dan AI.
WEF 2025: Pelbagai sektor bakal raih sinergi, pulangan lumayan - PM Anwar
Anwar Ibrahim berkata WEF 2025 juga menjadi platform untuk memperkukuh hubungan bilateral serta kerjasama antara Malaysia dan pihak berkaitan.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik - PM
Subsidi tol tidak boleh terus diberikan kepada golongan berkemampuan sama seperti subsidi elektrik dan minyak.
WEF 2025: Konglomerat global nyata hasrat melabur di Malaysia - PM
Hasrat itu dinyatakan oleh peneraju MNC dalam beberapa siri mesyuarat perniagaan di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.