KEPALA BATAS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad untuk menghentikan amalan rasuah dan penyelewengan, yang menurutnya bagaikan sudah jadi sistemik sehingga membobrok tadbir urus kerajaan.
Beliau berkata Malaysia kaya dengan hasil minyak dan gas, kelapa sawit serta hasil bumi, tetapi amalan rasuah seolah-olah sudah menjadi sistemik ketika pentadbiran kerajaan lama.
Katanya pentadbiran kerajaan sebelum ini banyak melibatkan permintaan 'komisen'.
"Saya kalau dimaki sebanyak mana pun saya tidak peduli, saya nak hentikan amalan-amalan itu... kalau saya izinkan (rasuah) sampai bila negara kita ini nak maju," katanya dalam ucapan perasmian Himpunan Usahawan Bumiputera bertema Usahawan MADANI, Membangun Ekonomi, di sini hari ini.
Beliau berkata amalan itu kekal sebelum ini kerana tiada sesiapa berani sentuh pemimpin yang berjawatan tinggi.
Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan bertekad untuk menoktahkan kemiskinan tegar dalam negara, meliputi semua lapisan masyarakat pada tahun ini.
Beliau berkata rekod sekarang negara masih mempunyai kira-kira 136,000 keluarga dalam golongan miskin tegar.
"Saudara rasa saya boleh senang-lenang menjadi PM pada ketika rakyat ada yang nak beli susu pun tiada wang, beli uniform sekolah pun tidak boleh... kita (ahli politik) gaduh soal yang lain dan rebut bidang kuasa.
"Hal-hal asas tidak boleh selesaikan, jadi saya kata.. katalah apa pun, maki lah banyak mana berbakul pun...saya tidak akan bertolak ansur nak noktah kemiskinan (tegar) tahun ini juga," katanya.
Anwar turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana negeri ini merupakan satu-satu negeri yang mempunyai rekod jumlah kemiskinan tegar yang paling rendah di seluruh negara.
Terdahulu kira-kira 1,000 usahawan bumiputera dan 40 agensi kerajaan persekutuan, serta negeri telah menyertai Majlis Himpunan Usahawan Bumiputera yang diadakan di Bertam Resort.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023

Anwar berkata Malaysia ini kaya dengan hasil minyak dan gas, kelapa sawit serta hasil bumi, tetapi amalan rasuah sudah menjadi sistemik ketika pentadbiran kerajaan lama. - Gambar fail

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.