KUALA LUMPUR: Kekuatan Malaysia dan Singapura dalam mengekalkan kemampanan harus dimanfaatkan untuk mempelopori standard penanda aras serantau bagi memacu perubahan penting di seluruh Asia Tenggara.
Penganalisis dari Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI), Anas Hayyan, percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat baharu di Singapura, Lawrence Wong boleh memulakannya dengan mewujudkan dan memperjuangkan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam ASEAN.
"ESG dalam ASEAN boleh diwujudkan dan diperjuangkan dengan memanfaatkan inisiatif padu yang dipertimbangkan oleh kedua-dua negara. Bergandingan bersama, Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
"Perkongsian ini boleh menyokong potensi usaha sama untuk bukan sahaja meningkatkan hubungan dua hala, tetapi juga menyumbang kepada kepada matlamat alam sekitar global," katanya menambah, ekonomi hijau menyediakan pelbagai peluang kerjasama untuk diteroka dengan lebih jauh lagi oleh kedua-dua negara.
Beliau berkata memorandum persefahaman baru-baru ini yang dimeterai Malaysia dan Singapura menyediakan platform bagi usaha sama untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik dan meneroka teknologi hijau seperti pemerangkapan hidrogen dan karbon.
"Inisiatif ini penting untuk memanfaatkan keupayaan teknologi dan kewangan Singapura serta limpahan sumber asli dan kawasan geografi Malaysia yang besar. Sinergi ini bukan sahaja memudahkan penggunaan teknologi mampan tetapi juga menyokong integrasinya ke dalam ekonomi serantau yang lebih meluas," katanya.
Anas berkata, memandangkan Wong telah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sejak 2021 dan Timbalan Perdana Menteri sejak 2022, pendekatannya sebagai Perdana Menteri dijangka bercirikan kesinambungan, bukannya perubahan drastik untuk memastikan asas stabil bagi kerjasama ekonomi seterusnya.
"Beliau akan meneruskan dasar ekonomi yang didukung oleh Perdana Menteri sebelum ini, yang mana beliau turut terlibat membincangkannya, yang jika mengikut kebiasaan, akan menyokong hubungan perdagangan yang kukuh di antara Singapura dan Malaysia," katanya.
Menurutnya, Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan ekonomi yang sangat strategik, disenaraikan sebagai rakan dagangan kedua terbesar antara satu sama lain secara konsisten dalam tempoh sedekad lalu.
Kebergantungan ekonomi antara satu sama lain jelas dapat dilihat menerusi kuantiti perdagangan yang besar berjumlah AS$79.6 bilion pada 2023 dan AS$83.53 bilion pada 2022.
"Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam strategi ekonomi yang lebih luas bagi setiap negara, yang diterjemahkan sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain di rantau ASEAN, memudahkan perdagangan rentas sempadan, yang mana penting untuk kestabilan dan pertumbuhan serantau," kata Anas.
Katanya, ketika Malaysia bersiap sedia menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, hubungan strategik dengan Singapura boleh memainkan peranan penting dalam menarik lebih banyak pelaburan ke rantau ini, memanfaatkan hubungan ekonomi yang telah terjalin kukuh antara kedua-duanya dan status sebagai hab perdagangan utama.
"Kedua-dua negara boleh meningkatkan daya tarikan mereka kepada pelabur yang mencari kestabilan dan peluang pertumbuhan di Asia Tenggara. Kerjasama ini berpotensi meningkatkan 'pengaruh ekonomi' mereka dalam ASEAN, dalam memacu pembangunan serantau yang lebih bersepadu dan mampan," katanya.
Antara elemen penting dalam kerjasama strategik Malaysia dan Singapura ialah Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura, yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dengan menawarkan insentif perniagaan menarik seperti pengurangan kadar cukai dan proses kemasukan dipermudahkan untuk pekerja mahir.
"Kunci kejayaannya ialah pembangunan infrastruktur yang bertujuan memastikan pergerakan lancar antara kedua-dua negara, yang bukan sahaja memudahkan akses kepada perniagaan dan pelabur, tetapi juga meningkatkan lagi integrasi ekonomi dan daya tarikan kedua-dua negara.
"Inisiatif strategik ini menggariskan komitmen bersama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan juga meningkatkan pengaruh mereka dalam ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau. - Facebook

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Calon BN sudah disenarai pendek - Ahmad Zahid
Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini telah disenarai pendek dan akan diumumkan seminggu sebelum tarikh penamaan calon.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.

PM Anwar puji prestasi LHDN, optimistik peningkatan hasil masa depan
Beliau optimistik bahawa LHDN akan terus meningkatkan prestasi dan menyumbang lebih banyak kepada hasil negara.

Dasar Wanita Negara 2025-2030 perkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita
Dasar Wanita Negara 2025-2030 dilancarkan secara rasmi pada Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025, menegaskan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan dan pemerkasaan wanita di Malaysia.

Orang ramai dijemput hadir berbuka puasa bersama PM di Putrajaya pada 10 Mac
Majlis anjuran JAKIM bersama 13 agensi Hal Ehwal Agama Islam itu akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

“Ibu dan isteri, dua wanita terpenting dalam hidup saya" - Anwar
Ibu, Allahyarhamah Che Yan Hamid Hussein, dan isteri tercinta, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail merupakan dua wanita yang penting bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis siasat video bekas Ahli Parlimen didakwa fitnah Anwar, Saifuddin Nasution
Polis sedang menyiasat kemunculan sebuah video dimuat naik oleh seorang bekas Ahli Parlimen, yang dipercayai memfitnah Anwar dan Saifuddin.

PM Anwar hulur sumbangan kepada keluarga Allahyarham Abu Hanifah
Perdana Menteri menghulurkan sumbangan kepada waris keluarga Allahyarham Abu Hanifah Yusof yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.