KUALA LUMPUR: Hanya empat jenis komoditi agromakanan yang tidak lagi dikenakan Permit Import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.
Empat bahan makanan itu adalah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.
Bagaimanapun, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa.
"Merujuk kepada kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport bagi komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan dan berkuatkuasa serta-merta.
"Walau bagaimanapun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa dan keputusan pemansuhan AP ini adalah sebagaimana diputuskan oleh Jemaah Menteri," kata MAFI dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis.
Menurut kenyataan itu lagi, walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, namun, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.
"Ini untuk memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh kerajaan," jelasnya.
Dengan pemansuhan AP ini, kata MAFI, semua syarikat dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan tertakluk kepada IP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) beserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan juga akta serta peraturan lain yang berkuatkuasa.
MAFI juga akan terus memainkan peranan penting bagi memastikan kelangsungan sektor agromakanan di setiap peringkat rantaian makanan dan supaya rakyat terus mendapat bekalan makanan yang mencukupi, selamat dimakan serta berkhasiat.
Pada masa yang sama, MAFI memaklumkan, kebajikan pengeluar makanan tempatan juga akan terus dipelihara.
"MAFI berharap dengan keputusan kerajaan ini, bekalan makanan dan sekuriti makanan negara akan terus kekal terjamin bagi kesejahteraan Keluarga Malaysia," tambahnya lagi.
Pada Rabu, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan keperluan AP terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah drastik menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini.
Dengan pemansuhan keperluan permit itu, ia bermakna sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini, berbanding kemestian AP.
AP adalah lesen import dan eksport yang dikeluarkan berdasarkan Akta Kastam 1967 manakala IP adalah permit untuk mengimport atau penyediaan pengimportan bahan terkawal.
Umavathi Ramayah
Thu May 19 2022

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memaklumkan, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

EU tolak dakwaan Presiden Trump mengenai defisit perdagangan AS
Suruhanjaya Eropah menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat mengalami defisit perdagangan sebanyak US$350 bilion dengan Kesatuan Eropah.

Pembatalan belian minyak sawit oleh kilang India dianggap tindakan sementara - Johari
Keputusan kilang penapis India membatalkan pembelian kira-kira 100,000 tan minyak sawit sebagai respons terhadap kenaikan cukai import yang diputuskan kerajaannya.

AP untuk import beras masih lagi berkuat kuasa - MAFI
Empat jenis komoditi agromakanan tidak lagi dikenakan AP ialah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) dan susu cair.

MAICCI mahu isu peniaga asing di karnival diselesaikan
Presidennya Datuk N. Gobalakrishnan berkata isu yang telah berlanjutan sejak 10 tahun lalu itu berleluasa tanpa sebarang tindakan.

Trump ancam kenakan cukai atas kereta Eropah
Sebelum ini, EU berkata pihaknya akan bertindak balas terhadap eksport dari Amerika sekiranya Presiden Donald Trump meneruskan rancangannya mengenakan cukai import ke atas produk keluli dan aluminium.

Malaysia akan cuba pujuk Perancis tidak naikkan cukai import minyak sawit
Malaysia bimbang kerana cadangan itu adalah untuk menaikkan cukai import bagi minyak sawit sahaja dan bukan minyak sayuran lain, kata Datuk Seri Mah Siew Keong.