Dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), kerajaan akan melaksanakan anjakan dasar pembangunan dan merangka pendekatan terkini bagi menangani pelbagai cabaran baharu dan sedia ada.
Sehubungan itu, enam teras strategik telah diperkenalkan bagi membantu Malaysia agar sentiasa bersedia menghadapi cabaran dan memanfaatkan peluang berikutan perubahan landskap global dan politik yang pantas.
