Konsert Metal Sound yang bakal berlangsung 6 Disember ini bakal menyaksikan kelainan yang akan dihadirkan oleh kumpulan rock heavy metal terkenal tanah air XPDC.
Selain bakal berkongsi pentas dengan kumpulan MAY, XPDC dikhabarkan akan bergandingan dengan 'dewa gitar' Malaysia Man Kidal buat julung kalinya.
Menurut pengurus XPDC Yazid Selamat, ini adalah kali pertama kumpulan rock itu bergandingan dalam menjayakan muzik bawaan XPDC di konsert.
“Sukar juga nak bayangkan 'lejen' gitaris kita Man Kidal beraksi dengan XPDC kerana tak pernah buat sebelum ni. Tapi bagi XPDC, ia bagaikan satu penghormatan buat kami apabila Man sudi bermain lagu XPDC pada malam itu nanti.
"Kalau ikut perancangan, Man Kidal akan bergabung dengan gitaris XPDC, Jeff, untuk dua buah lagu XPDC pada malam itu iaitu Bahalol dan Senapang Patah," ujar Yazid.
Konsert yang bakal diadakan pada malam itu juga akan menyaksikan kumpulan MAY akan naik ke pentas dahulu sebelum diikuti oleh XPDC.
Bagi gitaris XPDC Jeff, ia adalah peluang yang menarik dapat berkongsi pengalaman bermain gitar dengan Man Kidal dalam konsert XPDC walaupun ini bukanlah kali pertama.
“Saya tahu cara dia bermain gitar dan dia pun tahu cara saya. Kami pernah juga jamming sekali sebelum ini. Tapi kalau untuk konsert, ini adalah kali pertama dan ia adalah hadiah istimewa kepada peminat XPDC yang datang pada konsert Metal Sound nanti," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Puchong pada Selasa.
XPDC dijangka mempersembahkan 10 buah lagu pada konsert itu nanti.
Peminat yang hadir turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang dianjurkan oleh penganjur konsert berkenaan.
Raja Hisyam Raja Zaid
Wed Dec 04 2019

Man Kidal (dua dari kiri) dan Jeff (paling kliri) akan bergabung dalam 'Bahalol' dan 'Senapang Patah'. - Foto: XPDC

Rakyat Palestin tunaikan solat tarawih di celah runtuhan masjid
Penduduk Palestin menghamparkan permaidani dan tikar di sebelah runtuhan masjid yang musnah untuk menunaikan solat Tarawih.

Komposer Zul Mahat meninggal dunia akibat jangkitan kuman
Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke PPUM sejak penghujung Disember lalu selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis.
#AWANIRingkas 1 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 1 Mac 2025
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kukuh pertahan kestabilan kerajaan
2️⃣ Dijangka lebih 6 peratus
3️⃣ Isu Rusia-Ukraine
#awaniringkas

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.
AWANI Pagi: Gaya hidup sibuk? Amalkan sahur "meal prep"
Sempena 1 Ramadan esok, ikuti diskusi eksklusif #AWANIPagi bersama Dr. Muhammad Rezza Zainal Abidin, Pensyarah Kanan, Jabatan Pengurusan & Khidmat Makananan, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan berkongsi beberapa panduan bagaimana menyediakan sahur yang sihat dan menyelerakan khususnya bagi mereka yang gaya hidupnya sibuk dengan tugasan seharian.

Dua maut dalam kebakaran di Penampang
Dua maut dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Limbanak di sini pada awal pagi tadi.

Azeem Fahmi cipta sensasi lagi, layak ke final acara 60m di Texas
Azeem berjaya layak ke saingan akhir Southeastern Conference Indoor Track and Field Championships selepas menamatkan larian di tempat kedua.

Mangsa banjir di Sabah kekal 413 orang
Sebanyak 350 orang daripada 102 keluarga masih berlindung di lima pusat pemindahan sementara di Telupid.

Dakap 13 piala bersama, JDT hilang khidmat graduan Real Madrid juga pembantu Hector Bidoglio
Jurulatih kelahiran Argentina itu turut berterima kasih kepada Pemangku Sultan Johor atas peluang yang diberikan.

Vinicius enggan layan spekulasi ke Arab Saudi
Kemenangan 1-0 ke atas Real Sociedad dalam separuh akhir Copa del Rey pada Khamis merupakan penampilan ke-299 Vinicius untuk Real.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.

Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.

Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.

Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.

Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.

Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.

Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.

Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.

Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.