KUALA LUMPUR: Akaun TikTok Menteri Besar Kedah telah menimbulkan bualan hangat di media sosial selepas dikatakan telah disekat dalam tempoh kira-kira 24 jam lalu.
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor mendakwa tindakan ini dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai cubaan untuk menghalang kemaraannya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan akan berlangsung pada hujung bulan ini.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dengan jelas mengeluarkan kenyataan mereka pada Ahad meberitahu bahawa tiada arahan halang, padam kandungan TikTok Sanusi di platform berkenaan.
Apa kata TikTok?
Dalam cubaan untuk mendapatkan pengesahan, Astro AWANI telah berusaha menghubungi pihak TikTok berkenaan situasi ini.
Akan tetapi, sehingga artikel ini ditulis, tiada pengesahan rasmi daripada TikTok mengenai perkara tersebut.
Apa kemungkinan yang ada?
Berdasarkan Garis Panduan Komuniti TikTok, sesebuah akaun yang dilaporkan sama ada oleh orang persendirian mahupun pihak berkuasa akan diberi layanan sama bagi tujuan tindakan daripada pihak TikTok.
Sesuatu akaun berkemungkinan dilaporkan oleh individu atau sekumpulan pengguna atas sesuatu yang bercanggah dengan Garis Panduan Komuniti membabitkan 'maklumat yang salah' (misinformation).
"Kami tidak membenarkan kandungan yang tidak tepat, mengelirukan atau palsu yang boleh menyebabkan kemudaratan yang ketara kepada individu atau masyarakat, tanpa mengira niat," jelas Garis Panduan Komuniti TikTok yang dikeluarkan menerusi laman web rasmi mereka.
Atas laporan itu, biasanya TikTok akan membuat siasatan ke atas kandungan video yang dilaporkan.
Sekiranya banyak kandungan video membabitkan satu akaun dilaporkan sebagai menyalahi garis panduan, maka semakin tinggi kemungkinan akaun itu menjadi status 'tidak tersedia' (make it unavailable).
Pada masa sama, sebagai usaha menjaga keselamatan pengguna, kandungan video yang dilaporkan ini biasanya tidak masuk ke halaman cadangan, FYP.
Bagi mengelak kandungan daripada akaun berkenaan terus tular, maka akaun itu akan dijadikan sebagai 'tidak tersedia' (make it unavailable) sementara siasatan berlangsung.
Ada juga kemungkinan akaun tersebut dinyahaktifkan andainya ia nyata menyalahi garis panduan yang telah ditetapkan.
Akan tetapi, ketika ini, akaun TikTok Sanusi kembali boleh diakses.
Sehingga kini juga, tiada sebarang respons daripada pihak TikTok.
Astro Awani
Mon Jul 17 2023
Sehingga waktu artikel ini ditulis, tiada siapa tahu apa punca 'kehilangan' akaun TikTok MB Kedah
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
LKIM mahu perbanyak bot nelayan laut dalam, bantu kekang pencerobohan
Kehadiran bot nelayan laut dalam tempatan di perairan negara mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa dalam usaha menangani isu berkenaan.
JS-SEZ beri impak positif, bantu tingkat jualan hartanah di Johor - Exco
Impak positif penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) telah membantu meningkatkan penjualan hartanah di Johor.
Johor rancang bangun sukan padel, pickleball - Exco
Johor merancang untuk membangunkan sukan padel dan pickelball sekali gus menjadi tarikan pelancongan sukan di negeri itu.
Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Bapa tembak mati anak perempuan kerana kandungan 'tidak senonoh' di TikTok
Siasatan awal mendapati keluarga tersebut tidak bersetuju dengan cara berpakaian, gaya hidup, dan pergaulan sosial anak perempuan kelahiran Amerika Syarikat itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Oracle, Microsoft dilapor dalam perbincangan untuk ambil-alih operasi TikTok
Bytedance disasar mempunyai pegangan minoriti pada syarikat baharu TikTok, sementara Oracle uruskan algoritma, kemas kini perisian dan sebagainya.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
TikTok kembali beroperasi selepas Trump mahu pengguna saksikan pelantikannya
TikTok kembali beroperasi di AS selepas Donald Trump berkata bahawa pengguna "berhak untuk menyaksikan pelantikannya sebagai Presiden AS bagi penggal kedua.
Menteri Luar Estonia cadang TikTok diharamkan di Eropah
Eropah perlu pertimbang haramkan TikTok kerana platform itu didakwa menyebarkan maklumat palsu.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
TikTok beritahu pengguna AS perkhidmatan ditutup 'sementara'
TikTok kesal terhadap undang-undang AS yang mengharamkan aplikasi itu.
TikTok mula ditutup di Amerika esok kecuali jika Biden campur tangan
Jaminan yang diperlukan ialah Apple, Google dan penyedia perkhidmatan lain tidak akan dikenakan tindakan kerana terus menyokong TikTok.