KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan selebriti, Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.


Ringkasan AI
  • Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, Ketua Pemuda UMNO, meminta pihak berkuasa menjelaskan perkembangan siasatan kes menghina agama Islam yang melibatkan Harith Iskander dan Cecilia Yap Song.
  • Beliau menegaskan bahawa undang-undang harus terpakai kepada semua pihak, tanpa mengira sokongan orang berpengaruh.
  • Akmal juga menyokong tindakan terhadap tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dan menekankan perlunya tindakan hukuman tanpa pengecualian.


Menurutnya, undang-undang terpakai kepada semua pihak, bukannya mengikut sokongan orang berpengaruh.

"Saya juga nak tanya pada pihak berkuasa, jika tiga DJ (penyampai) telah disiasat dan dikenakan hukuman oleh majikan mereka, apa perkembangan bagi kes Cecillia Yap dan Harith Iskander yang memperlekehkan nama Nabi Muhammad SAW dan agama Islam?

"Undang-undang terpakai untuk semua, bukan terpilih mengikut sokongan orang berpengaruh," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Dalam kenyataan sama, beliau menyokong apabila tiga penyampai radio yang mempermainkan isu sensitif bagi penganut Hindu dikenakan tindakan.

"Seperti kenyataan saya sebelum ini mengenai isu Pak Cik Jagung yang mana kita tidak boleh menerima norma buat dahulu baharu minta maaf dan selesai.

"Satu tindakan hukuman perlu diberikan kepada mereka ini dan tiada siapa pun yang boleh terkecuali dalam tindakan ini tidak kira agama, bangsa dan negara," katanya lagi.