KUALA LUMPUR: Tambakan laut, walaupun dengan alasan meningkatkan ekonomi, tetap akan mendatangkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir, terutamanya di kawasan hulu sungai.
Begitupun, Pensyarah Kanan Jabatan Sains Biologi Universiti Sunway Dr Chen Jit Ern berkata, masalah tersebut mampu diatasi, dengan syarat, penyelenggaraan sungai dilakukan dengan lebih kerap.
“Masalahnya ialah tambakan-tambakan ini menjadikan kawasan itu sebagai kawasan tanah rendah yang baharu.
"Jadi, kawasan ini akan mengalami banjir air laut yang lebih kerap apabila paras air laut semakin meningkat.
“Itu akan berlaku jika tambakan ini dibina dengan tidak mengambil kira kenaikan paras air laut pada masa akan datang,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian bagi mengulas projek tambakan laut di kawasan pesisir pantai negeri Melaka yang didakwa menjadi antara punca banjir kilat sering berlaku di negeri itu.
BACA: SPRM buka kertas siasatan projek tambak laut di Melaka
BACA: Tambakan laut di kawasan pesisir pantai Melaka antara punca banjir kilat - Adly
Menurut bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, faktor tersebut adalah antara punca yang tidak boleh dinafikan sebagai penyebab banjir kerana sesetengah kawasan di bahagian tengah dan luar bandar negeri tersebut sering dilanda bencana itu.
Meskipun tambakan memberikan banyak kesan negatif, namun menurut Jit Ern, ada cara untuk setidak-tidaknya mengurangkan kesan akibat daripada projek itu.
“Tambakan baharu ini perlu dibina dengan mengambil kira kenaikan paras air laut, sekurang-kurangnya satu meter, itu yang pertama.
“Kedua, kawasan ini perlu dilengkapi dengan sistem pengairan yang boleh menghalang ‘backflow’ iaitu air laut masuk ke dalam sistem pengairan ini.
BACA: PRN Melaka: Tolong fikirkan nasib nelayan, kata Anwar mengenai projek tambakan laut
BACA: Peningkatan paras air laut: Alor Setar, Seberang Perai dijangka alami banjir lebih kerap
“Pada masa depan, boleh juga merancang untuk memastikan air hujan atau sungai mengalir tanpa halangan ke laut atau dalam takungan air laut.
"Ini dua perkara yang difikirkan sebelum tambakan baharu dibina,” ujarnya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Oktober membuka kertas siasatan berhubung projek penambakan laut di Melaka yang dipercayai berlaku kegiatan rasuah.
SPRM memaklumkan telah menerima aduan rasuah daripada Presiden Laskar Siber Malaysia Datuk Lokman Noor Adam berhubung projek berkenaan.
Ridauddin Daud
Thu Nov 18 2021

Meskipun tambakan memberi banyak kesan negatif, namun Jit Ern berkata, ada cara untuk mengurangkannya. - Gambar hiasan/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Pembangunan Silicon Island boleh dipercepatkan - Kon Yeow
Pembangunan Silicon Island di Pulau Pinang boleh dipercepatkan meskipun jangkaan awal ia akan siap dalam tempoh 15 tahun.

Tambak laut: Projek PSI banyak manfaat kepada generasi akan datang - Nelayan
Para nelayan yang menyokong projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) kekal dengan pendirian mereka bahawa projek mega itu akan mendatangkan banyak manfaat kepada generasi akan datang.

Nelayan bantah projek tambak laut di Langkawi
Surat bantahan berhubung projek tambak laut bersama tandatangan nelayan yang terlibat telah dihantar kepada Pejabat Daerah Langkawi.

Apa pun alasannya, tambak laut tetap beri kesan negatif kepada alam sekitar
Antara kesan yang paling ketara adalah berlakunya air pasang besar yang lebih kerap dan juga banjir, terutamanya di kawasan hulu sungai.

Politik Melaka: Projek tambak laut sudah dilaksana ketika pemerintahan Idris
Projek tambak laut di pesisir pantai Negeri Melaka yang didakwa bekas ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron sudah berlaku ketika pentadbirannya selaku Ketua Menteri Kesepuluh.

Projek tambak laut PSR: Pulau Pinang pertimbang mohon semakan kehakiman
Kerajaan negeri mengambil maklum keputusan Lembaga Rayuan tersebut yang dibuat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Lembaga Rayuan JAS batal kelulusan EIA projek tambak laut PSR di P. Pinang
Keputusan yang dibuat hari ini sekali gus menyebabkan kelulusan EIA yang diperoleh pada 25 Jun 2019 terbatal dan tidak lagi sah.

Pulau Pinang digesa batalkan projek tambak laut
Reezal berkata projek tambakan laut mega itu mendapat pelbagai reaksi negatif dan wujud dua petisyen yang menyokong pembatalannya.

Projek tambak laut, bina jeti dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri - Norhizam
Kerajaan negeri kesal dengan tindakan syarikat pelabuhan berkenaan dan akan bertemu dengan pengurusannya Isnin ini.

Tolak tambak laut keutamaan pembangkang sidang Dewan akan datang - Najib
Datuk Seri Najib Razak berkata isu itu akan menjadi keutamaan ahli Parlimen pembangkang memandangkan projek tersebut dakwanya berpotensi menjejaskan kehidupan kira-kira 4,000 nelayan.