DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak peduli dengan keputusan Persidangan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) yang gagal mencapai kata putus berhubung perang Israel-Palestin.
Sebaliknya, beliau memberitahu, Malaysia akan terus kekal dengan pendirian supaya serangan di Palestin mesti dihentikan selain bantuan kemanusiaan disalurkan segera.
"Kita tidak peduli apa keputusan lain, tetapi hak rakyat Palestin mesti diberi, soal tanah, harta dan maruah mereka mesti diberi keutamaan.
"Tetapi yang mesti disegerakan ialah hentikan serangan dan salurkan bantuan kemanusiaan yang juga menjadi keutamaan kepada negara Islam," katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat di Masjid As-Shariff, Kampung Dato Ahmad Razali, di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Arab serta mengadakan rundingan setiap hari untuk perkembangan semasa.
"Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah menghentikan serangan dan menyalurkan bantuan kemanusiaan. Itu keutamaan kita (Malaysia) sekarang.
"Apa yang penting, soal bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan perlu disegerakan. Dalam masa sama, Presiden Mesir, Abdel-Fattah al-Sissi juga memberi jaminan untuk menyegerakan pendaratan bantuan di sempadan Rafah–Palestin," ujarnya.
Sementara itu ketika ditanya sama ada Malaysia akan memboikot Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama OIC dan Liga Arab, Anwar berkata: "Malaysia buat masa ini memihak kepada dua badan itu, malah rundingan perkembangan mengenai isu Palestin dilakukan setiap hari.
"Kami sepakat bahawa peperangan ini segera dihentikan. Itu keutamaan negara-negara Islam."
Sebelum ini, UNSC sekali lagi gagal mencapai keputusan berhubung perang Palestin-Israel ketika krisis kemanusiaan di Gaza semakin meruncing.
Rusia dan China menggunakan kuasa veto terhadap resolusi Amerika Syarikat (AS) yang mengusulkan supaya perang dihentikan seketika bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke kawasan konflik dan perlindungan ke atas penduduk.
PBB melaporkan bahawa kegagalan itu disebabkan usul berkenaan tidak mendapat sokongan sekurang-kurangnya sembilan negara anggota UNSC.
Umavathi Ramayah
Fri Oct 27 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap kepada pemberita selepas menikmati makan tengah hari di Restoran Ramli Corner hari ini. - Foto Bernama
Malaysia pintu gerbang sempurna ke pasaran Asia Tenggara - Tengku Zafrul
Malaysia merupakan pintu gerbang yang sempurna ke dalam Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan penyertaan United Kingdom dalam CPTPP yang turut disertai Malaysia.
Sudah lima hari Siew Hat hilang, lokasi pencarian diperluas
Operasi mencari dan menyelamat lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas memasuki kebun kelapa sawitnya pada Rabu lalu, diteruskan pada hari kelima.
“Itu antara saingan yang positif” - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri berkata kecergasan dan disiplin adalah keutamaan bagi pasukan penguatkuasa undang-undang terbesar.
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
“Sebagai pasukan penguatkuasa undang-undang yang terbesar. Fitness dan disiplin adalah satu keutaman kita disamping kepakaran profesional yang lain”
#AWANInews
300,095 laporan polis dibuat oleh orang awam sebulan
Menteri Dalam Negeri berkata polis menerima 300,095 laporan polis sebulan oleh orang awam dan menyatakan orang awam mempunyai hak untuk membuat laporan sekiranya hak individu dilanggar.
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
“Mereka wajar datang ke balai polis dan membuat laporan, tiada apa yang akan menyekat mereka”Katanya
#AWANInews
"Biar SUHAKAM juga faham dalam konteks tugasan polis" - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri mencadangkan SUHAKAM mencari masalah dari sudut hak asasi dan berbincang untuk membantu mendidik masyarakat berkenaaan undang-undang pemeriksaan telefon bimbit.
#AWANInews
#AWANInews
Bagaimana pameran AISSE tingkatkan usaha menambah baik keselamatan?
Menteri Dalam Negeri berkata pameran AISSE 2025 mampu meningkatkan usaha menambah baik keselamatan secara dinamik.
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
“Kita cuma perlu sesuaiakan dimana ada ubah suaian dari segi polisi. kita akan laksanakan”Kata Saifuddin
#AWANInews
Bayi perempuan ditemukan di hadapan rumah di Simpang Empat
Seorang bayi perempuan ditemukan di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat Kangar pagi ini.
Skuad Speedy Tigers perlu pamer 'hasil terbaik' tahun ini - Mirnawan
Pasukan hoki lelaki kebangsaan perlu mempamerkan 'hasil terbaik' menerusi setiap kejohanan antarabangsa yang bakal disertai tahun ini.
Jepun catat 5,400 kematian akibat tekanan sejak bencana 1995
Lebih 5,400 orang di Jepun meninggal dunia dalam tempoh 30 tahun lepas akibat tekanan dan keletihan serius disebabkan oleh proses pemindahan selepas gempa bumi dan bencana alam lain.
Ribuan turun protes lantikan Trump sebagai presiden
Ribuan orang berkumpul di Washington pada hari Sabtu untuk memprotes pelantikan Presiden AS yang baru dipilih, Donald Trump, bagi penggal kedua.
Pembinaan semula Gaza dijangka 1 trilion dolar - PM Anwar
Inisiatif Jepun untuk membantu pemulihan Gaza dibincangkan semasa lawatan Shigeru Ishiba ke Malaysia awal bulan ini.
Malaysia perlu adaptif, berdaya tahan dalam ketidaktentuan global - PM
Malaysia perlu bersifat adaptif, berdaya tahan, berprinsip, dan mempunyai pandangan yang jelas untuk memposisikan negara di tengah-tengah arus ketidaktentuan global.
Masyarakat antarabangsa perlu hormati gencatan senjata di Gaza - PM Anwar
Masyarakat antarabangsa mesti memastikan gencatan senjata antara Hamas dan Israel dihormati.
PM Anwar buat kemunculan semula di LSE, selepas 15 tahun
Selepas kali terakhir membuat kemunculan pada 2010, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini hadir ke London School of Economics bagi menyampaikan syarahan umum.
Penerokaan TNB dalam RE beri manfaat kepada ekonomi Malaysia - PM
Kerajaan juga memberi galakan kepada TNB dan syarikat-syarikat lain untuk memberi tumpuan kepada pelaburan baharu di Malaysia.
PM Anwar adakan pertemuan dengan CEO GLIC, kapten industri UK
Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Malaysia harap gencatan senjata di Gaza berterusan - PM
Malaysia berharap perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza dapat diteruskan dalam usaha mengelakkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa rakyat Palestin.
PM Anwar bertemu 15 kapten industri UK, tarik pelaburan ke Malaysia
Sesi yang berlangsung selama kira-kira 45 minit itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pelaburan, pakar pasaran baru muncul, pengurusan aset, dan kewangan.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
PM ucap tahniah kepada Cikgu Nazmi disenarai 50 finalis Hadiah Guru Global
Keikhlasan Nazmi mendidik pelajar dengan menyuntik daya cipta dalam pendidikan di sekolah luar bandar adalah contoh kepimpinan membanggakan.