KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) berharap lebih banyak syarikat penyedia pengangkutan swasta bekerjasama membantu menangani sistem perbatuan pertama dan terakhir dalam usaha menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam dengan lebih optimum dan menyeluruh.
Ia selaras dengan pengoperasian penuh perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya, melibatkan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya yang akan dibuka kepada pengguna bermula 3 petang esok, selepas dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pengarah APAD Datuk Azlan Shah Al Bakri berkata sebagai usaha memperkukuh sistem pengangkutan awam negara, pihaknya telah memperkenalkan perkhidmatan bus on demand (BOD) melalui proof of concept (POC) atau sesi percubaan, sejak tahun lepas.
Beliau berkata antara objektifnya adalah untuk mengkaji keberkesanan perkhidmatan, menilai impak kepada perkhidmatan sedia ada (seperti bas berhenti-henti dan teksi) serta mengumpul maklumat tahap penggunaan perkhidmatan BOD dalam kalangan orang awam.
"Perkhidmatan BOD adalah tempahan perkhidmatan bas melalui aplikasi yang dijalankan tanpa jadual dan laluan yang tetap serta beroperasi di dalam zon yang diluluskan APAD sahaja.
"Ia menggunakan kenderaan bersaiz kecil seperti bas mini, coaster atau van dan bertindak sebagai perantara antara rumah kediaman dengan stesen pengangkutan awam," katanya ketika ditemui Bernama.
Azlan Shah berkata beberapa syarikat swasta menunjukkan minat untuk menjalankan perkhidmatan BOD, namun setakat ini hanya dua yang telah mendapat kelulusan APAD.
"Dua syarikat itu ialah Asia Mobility Technologies Sdn Bhd dan Badan Bas Coach Sdn Bhd yang masih dalam perbincangan dengan Prasarana Malaysia Berhad untuk bekerjasama menyelesaikan permasalahan ini di Puchong dan Subang Jaya," katanya.
Menurut Azlan Shah pihaknya bersedia untuk menambah perkhidmatan ini di stesen lain di semua rangkaian laluan sedia ada sekiranya ia berjaya.
Beliau berkata kerjasama itu penting bagi menyokong perkhidmatan lebih 1,000 bas henti-henti sedia ada di sekitar Lembah Klang serta perkhidmatan bas perantara ke stesen rel dan bas selain pilihan e-panggilan dan teksi.
"Bagi pembukaan MRT2, kira-kira 107 bas perantara lagi bakal disediakan yang diharap dapat melengkapi jaringan pengangkutan awam," katanya.
Sebelum ini, MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu telah dibuka untuk pengguna pada 16 Jun tahun lepas.
Secara keseluruhannya, MRT Laluan Putrajaya melibatkan laluan sepanjang 57.7km dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral, dengan 36 stesen terdiri daripada 27 stesen bertingkat dan sembilan stesen bawah tanah serta 49 set tren dengan keseluruhan kos pembinaan RM30.53 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023
MRT Laluan Putrajaya, melibatkan laluan dari Kwasa Damansara ke Putrajaya, akan dibuka kepada pengguna bermula petang esok. --fotoBERNAMA
ASEAN 2025: Tingkat kerjasama sempadan, galak pelancongan
Syaff Shukri bawakan perkembangan terkini Forum Pelancongan Asean 2025 yang sedang berlangsung di Johor Bahru.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
JKDM tegas tangani dakwaan pegawai, anggota peras ugut
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak akan melindungi mana-mana pegawai dan anggota jabatan itu sekiranya didapati terlibat dalam perbuatan peras ugut di sebuah kilang di Kapar, Selangor.
Lebih 800kg dadah bernilai RM118 juta dirampas - JSJN Bukit Aman
Polis membongkar kegiatan pemprosesan dadah disyaki didalangi sindiket antarabangsa menerusi beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 16 Januari lalu.
Myanmar digesa henti tindas rakyat, patuhi konsensus lima perkara
ASEAN menggesa Myanmar henti menindas rakyatnya sendiri dan memastikan krisis kemanusiaan di negara itu diselesaikan segera.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan junta tentera negara itu juga berupaya melaksanakan konsensus lima perkara yang telah dipersetujui sebelum ini, jika ia benar-benar ikhlas.
Asia Tenggara paling terdedah, krisis iklim harus dibendung bersama
Malaysia menggesa platform ASEAN diguna pakai secara efektif oleh semua negara anggotanya untuk membendung krisis iklim.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana Asia Tenggara merupakan antara rantau yang paling terdedah jika krisis tersebut terus memburuk.
Daerah Kuala Kangsar catat kes jenayah siber tertinggi - MCPF
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Perak memaklumkan daerah Kuala Kangsar mencatatkan jumlah jenayah siber paling tinggi di negeri ini berbanding daerah lain.
Gencatan senjata terunda hampir tiga jam gara-gara taktik Zionis
Gencatan senjata di Gaza tertunda hampir tiga jam selepas Israel bertegas akan memulakan proses itu jika Hamas mengeluarkan senarai nama tahanan.
AWANI Borneo [19/1/2025] – Hujan Berterusan | Tegas Menteri KPDN | Tenaga Hijau
Tumpuan AWANI Borneo 19 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Banjir di Paitan memburuk, dua lagi PPS dibuka
- Harga ayam : Jangan cakap sebarang, ada bukti laporkan kepada KPDN
- Grid kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga ASEAN
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
GV Ride bakal perkenal e-hailing guna EV bermula Disember
Langkah itu merupakan salah satu daripada langkah untuk mempromosikan EV dalam industri e-hailing.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.
APAD batal, gantung lesen syarikat bas persiaran terlibat nahas Genting Highlands
Syarikat bas persiaran yang terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan turun dari Genting Highlands pada Sabtu lepas kemungkinan berdepan hukuman penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Akta Pen
Nahas bas Genting Highlands: Permit tamat tempoh, syarikat pelancongan bakal didakwa - Loke
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab yang perlu dijawab syarikat itu dalam tempoh tiga hari.
Nahas bas Jalan Kuantan-Segamat: APAD dapatkan laporan lengkap sebelum ambil tindakan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan lengkap insiden kemalangan jalan raya antara sebuah bas persiaran dan treler di Jalan Kuantan -
Isu kontrak suami: "Saya berdiam kerana enggan ganggu siasatan" - Hannah
Menteri Belia dan Sukan itu berkata, siasatan sudah bermula dan beliau mahu segala kebenaran dapat didedahkan selepas isu tersebut disiasat.
Bas dari Thailand dibenar masuk Malaysia, perlu permit APAD - Anthony Loke
Bas dari Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia tetapi perlu membuat permohonan dengan Agensi Pengakutan Awam Darat (APAD) terlebih dahulu dan permit sementara akan dikeluarkan kepada pemohon tersebut.
Tidak pernah benarkan bida harga, MOT arah APAD semak aplikasi perkhidmatan e-hailing
Kementerian Pengangkutan tidak pernah membenarkan mana-mana penyedia aplikasi perkhidmatan pengangkutan e-hailing menggunakan sistem bidaan harga.
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Aidilfitri: Tiket ke utara, tren ELA ke Pantai Timur habis dijual - Loke
Semua tiket melibatkan perkhidmatan tren elektrik (ETS) menghala ke Utara dan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri (ELA) ke Pantai Timur telah habis dijual sempena sambutan Aidilfitri.