GEORGE TOWN: Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong di sini, malam tadi dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak terlalu cepat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mayat mangsa, G. Sri Laavanya, 7, ditemukan terbaring di bahagian belakang katil di dalam bilik bapanya dalam keadaan rentung dipercayai cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri di situ.
"Kebakaran itu melibatkan tiga buah rumah sewa di situ termasuk kediaman mangsa, kanak-kanak tersebut tinggal bersama bapa dan datuk serta neneknya manakala ibunya telah lama meninggal dunia.
"Semasa kejadian bapanya tiada di rumah dan hanya terdapat datuk serta neneknya, ketika kebakaran itu mereka berdua (nenek dan datuk) telah lari keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak sempat mencarinya kerana api sedang marak.
"Menurut mereka, selalunya kanak-kanak itu tidur di biliknya sendiri namun semalam mangsa tidur di bilik bapanya menyebabkan mereka gagal mencarinya untuk dibawa keluar bersama," katanya di sini.
Dalam kejadian itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 11.19 malam tadi.
Soffian berkata nenek mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu melecur di tangan kanan dan dia telah mendapatkan rawatan awal di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Katanya rumah yang dihuni mangsa bersama ahli keluarganya itu mempunyai tiga bilik dan mereka dipercayai menyewanya dengan harga RM100 sebulan.
''Dua lagi rumah turut disewa dengan tiga penghuni di setiap rumah, ketiga-tiganya terbakar dalam kebakaran tersebut dengan rumah mangsa paling teruk iaitu lebih 80 peratus. Api dikatakan berpunca daripada rumah yang dihuni keluarga mangsa,'' katanya.
Beliau berkata mayat kanak-kanak perempuan yang merupakan anak tunggal itu selesai dibedah siasat di HPP kira-kira 12 tengah hari tadi sebelum dituntut ahli keluarganya.
Menurut Soffian punca sebenar kebakaran tersebut masih disiasat pihak berkuasa.
Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik HPP mendapati ramai ahli keluarga kanak-kanak tersebut sedang menunggu dan mereka enggan ditemu bual kerana terlalu sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa yang disifatkan anak yang baik dan manja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 10 2023

Mayat mangsa ditemukan terbaring di bahagian belakang katil di dalam bilik bapanya dalam keadaan rentung dipercayai cuba bersembunyi untuk menyelamatkan diri. - Gambar/ JBPM

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Ramsay dedah ratusan patung 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharu
Gordon Ramsay mendedahkan ratusan patung kecil 'kucing bertuah' dicuri dari restoran baharunya di London.

Cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes mencabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor.

Prosiding tertutup isu premium insurans kesihatan, caj hospital swasta bermula 24 Feb - PAC
Laporan akan dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat pada Jun ini.

NASA kurangkan risiko impak asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Pasukan pertahanan planet NASA akan terus memantau asteroid itu untuk meningkatkan ramalan trajektori asteroid.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan. #AWANInews
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas. #AWANInews

Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.

Tiga termasuk kanak-kanak perempuan rentung
Mangsa berusia 11 tahun ditemukan di ruang tamu, mangsa kedua, lelaki 50-an (di dapur) dan seorang lagi lelaki 60-an (di bilik air).

Api marak dengan cepat punca kanak-kanak perempuan rentung terperangkap
Kanak-kanak perempuan yang rentung dalam kebakaran rumahnya di Kampung Pisang, Jalan Paya Terubong dipercayai tidak sempat menyelamatkan diri kerana faktor api yang marak.

Rumah terbakar: Kanak-kanak rentung, lima ahli keluarga melecur
Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah malam itu, mangsa rentung dikenali sebagai Mohd Adlinsyah Mohd Adsni, 6 tahun.

Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran di Saratok
Seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU) berusia 12 tahun ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Tanjung Hulu, Jalan Abang Hj Puteh Alias, Saratok malam ini.

Kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran Lahad Datu
Kebakaran Nur Alisha Putri Abdullah, 2, yang ditemukan rentung selepas dipercayai tidak dapat diselamatkan akibat api yang marak.

Kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran dua rumah di Lahad Datu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun rentung dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Labian, Sungai Bilis, Lahad Datu, pada Ahad.

Kanak-kanak 4 tahun rentung dalam kebakaran, ditemui di bilik air
Seorang kanak-kanak lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Melisau, Tanghilan dekat Kota Kinabalu ini.