KUALA LUMPUR: Aplikasi MAE dilaporkan tergendala gara-gara orang ramai menuntut kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100.
Perkhidmatan berkenaan mengalami aliran trafik tinggi sehinggakan pengguna tidak dapat menuntut wang bantuan tersebut yang boleh diakses sejak jam 8 pagi tadi.
Institusi perbankan, Maybank berkata, pihaknya mengakui sedang mengendalikan masalah tersebut dan meminta pengguna supaya bersabar.
“Kami sedang selesaikan masalah ini, mohon maaf di atas sebarang kesulitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.
Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion.
Terbaharu, kerajaan akan mengambil tindakan tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.
MoF memberitahu, langkah itu bakal diambil sekiranya terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Tambahnya lagi, kredit eMadani hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet seperti MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit serta perniagaan seluruh negara. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Dec 04 2023

Aplikasi MAE tergendala susulan orang ramai menuntut kredit eMadani RM100 bermula hari ini.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Tebus RM100 eMADANI melalui aplikasi MAE Maybank, guna di lebih 700,000 peniaga
Rakyat Malaysia berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM500,000.

eMADANI: 'Anda tidak layak sekiranya tidak kemuka penyata cukai tahun taksiran 2022'
Kementerian Kewangan menjawab beberapa pertanyaan popular di laman sosial berkaitan masalah penebusan kredit eMADANI.

Haram kenakan caj tukar kredit eMADANI
Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMADANI kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Hantaran individu sokong hubungan Malaysia, Israel adalah video lama - Fahmi
Fahmi menasihatkan orang ramai agar menyemak terlebih dahulu sama ada sesuatu video itu sahih, baru atau telah ditular sebelum ini.

eMADANI: 6.5 juta permohonan lulus, RM650 juta telah dikreditkan
Ahmad berkata sebanyak 1.8 juta lagi permohonan masih dalam proses kelulusan yang mengambil masa satu hingga lima hari dari tarikh permohonan.

Aplikasi MAE tergendala gara-gara tuntut RM100 eMadani
Aplikasi MAE dilaporkan tergendala gara-gara orang ramai menuntut kredit eMadani, iaitu tawaran e-kredit tunai sebanyak RM100.

Orang ramai boleh mula tebus kredit eMADANI hari ini
Orang ramai yang layak boleh mula menebus kredit e-tunai eMADANI sebanyak RM100 bermula 8 pagi hari ini hingga 11.59 malam, 20 Feb 2024.

eMADANI tidak boleh ditebus tunai, waspada 'scammer' - MOF
Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan 'scam' dan sekali gus hilang kredit mereka.

Kredit RM100 eMADANI tidak boleh digunakan untuk transaksi e-dagang, termasuk P2P
Berikut merupakan antara perkara di mana kredit eMADANI TIDAK boleh digunakan, termasuk Pemindahan peer-to-peer dan Penebusan tunai.