Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melancarkan aplikasi RakanMET yang merupakan platform perkongsian maklumat terkini keadaan cuaca, bencana atau gempa bumi dari semasa ke semasa.
Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, aplikasi itu bertujuan memudahkan orang ramai melaporkan sebarang kejadian di kawasan mereka menerusi telefon bimbit.
Menurutnya, pelancaran aplikasi itu adalah inisiatif kementeriannya menerusi Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) untuk memperkasa sistem penyampaian maklumat seperti diguna pakai pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi mereka RakanCOP.
Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh melapor kejadian dan fenomena cuaca di kawasan masing-masing dan ianya juga berperanan sebagai medium komunikasi dua hala antara orang awam dengan METMalaysia bagi mendapatkan maklumat sahih serta tepat.
"Sebenarnya sebagai contoh apabila insiden gempa bumi bermagnitud 5.2 itu (di Sabah) kita pun tertanya-tanya juga apakah sedang berlaku di tempat tempat itu?... ada kesan di Kota Belud, di Tuaran dan sebagainya sebab pusatnya di Gunung Kinabalu.
"Dengan adanya RakanMET ini semuanya maklumat dapat diperolehi serta membantu orang ramai, "katanya pada majlis merasmikan sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2018 dan pelancaran aplikasi RakanMET di Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada Jumaat.
Aplikasi RakanMET ini merupakan aplikasi kedua yang dibangun selepas aplikasi myCuaca yang telah dilancarkan pada tahun 2015.
Mengulas mengenai Hari Meteorologi Sedunia 2018 yang bertemakan 'Siap siaga cuaca; Pintar-Iklim' itu, Madius berkata, ianya menekankan kepentingan pengetahuan dan kefahaman tentang cuaca atau iklim bagi memastikan rakyat sentiasa bersedia menghadapi sebarang bencana alam serta perubahan cuaca masa kini.
Untuk rekod, katanya Kerajaan telah melaksanakan beberapa projek untuk memperkasakan sistem amaran awal cuaca METMalaysia yang merangkumi model tinjauan cuaca dan sistem penyampaian maklumat cuaca dalam memantapkan kesiapsiagaan negara menghadapi cuaca ekstrem.
Hari Meteorologi Sedunia disambut pada setiap 23 Mac setiap tahun oleh seluruh komuniti meteorologi di 191 buah negara anggota Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) termasuklah di Malaysia.
Ruzaini Zulkepli
Fri Mar 23 2018

MADIUS merasmikan sambutan Hari Meteorologi Sedunia 2018 dan pelancaran aplikasi RakanMET di Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Sabah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), pada Jumaat. - Foto Astro AWANI/Ruzaini ZUlkepli

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Bank Islam perkenal aplikasi, web perbankan baharu – BIMB
Untuk menggunakan aplikasi BIMB, pengguna perlu mempunyai peranti dengan iOS 13 dan terkini, atau Android 10 dan terbaru.

KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.

Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Al-Inarah himpun 7,000 artikel soal jawab hukum Islam dalam tempoh 3 tahun
Aplikasi Al-Inarah mempunyai sebanyak 7,000 artikel yang dimuat naik dan boleh diakses secara percuma.

Aplikasi Google Gemini kini boleh dimuat turun di Malaysia
Melalui kemas kini terbaharu juga, ia dilihat telah mula memahami input bahasa Malaysia.

Gangguan IT global: Aplikasi, portal SESB turut terjejas
Aplikasi dan web portal mySESB milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami gangguan sistem hari ini.

Orang ramai diminta waspada, jangan muat turun sebarang APK
Hal ini kerana penggodaman telefon pintar ialah modus operandi yang sering digunakan penjenayah untuk tujuan mencuri data dan mengakses maklumat kewangan.

Guna data pendaftaran kenderaan milik golongan sasar, elak ketirisan subsidi diesel - MCW
Langkah kerajaan melaksanakan penyasaran subsidi diesel umemerlukan pelaksanaan teliti dan kawalan ketat bagi mengelakkan ketirisan.

Aplikasi YouTube Kids untuk televisyen akan tamat pada Julai 2024
Sebagai ganti, Google meminta pengguna menggunakan aplikasi utama YouTube pada televisyen.

Think Quran lain daripada yang lain
Jelas Mawi, tidak banyak aplikasi yang menawarkan perkhidmatan memahami ayat-ayat al-Quran yang dibaca seperti terdapat pada Think Quran.