ALOR GAJAH: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka akan memperluas pelaksanaan program Kampung Siaga di negeri itu secara berperingkat dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan dan persiapan awal penduduk sekiranya berdepan dengan sebarang bencana seperti banjir.
Pengarahnya Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata menerusi program itu, penduduk di sesuatu kawasan atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan seperti menyelamat dan pertolongan cemas termasuk teknik resusitasi kardiopulmonari (CPR) sementara menunggu ketibaan bantuan daripada pihak berkuasa.
"Buat permulaan kami laksanakan program rintis Kampung Siaga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek dan ia akan diperluaskan ke DUN serta Parlimen lain di Melaka khususnya yang mempunyai 'hotspot' banjir yang telah dikenal pasti pihak berkuasa.
"Kami mengalu-alukan penduduk atau masyarakat setempat untuk menyertai program Kampung Siaga ini sekiranya ia dilaksanakan di kawasan mereka terutama di tempat yang sering berlaku banjir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti DUN Gadek di sini pada Ahad.
Majlis berkenaan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek VP Shanmugam dan turut disertai kira-kira 60 penduduk di DUN berkenaan.
Kamarulsyah berkata latihan dan pendedahan awal berkenaan juga bertujuan mengurangkan risiko kehilangan nyawa atau kecederaan sekiranya penduduk ditimpa sesuatu bencana atau kemalangan.
Beliau berkata program Kampung Siaga juga bertujuan memperkenalkan fungsi dan peranan APM dalam situasi kecemasan, bencana dan sebagai pasukan penyelamat serta sekretariat pengurusan bencana di peringkat negeri dan daerah.
Dalam perkembangan lain, katanya situasi 'air termenung' yang berlaku di Jasin khususnya di Sungai Rambai susulan banjir sejak lebih seminggu lepas adalah ekoran kedudukan kawasan terlibat rendah dan berada berhampiran sungai.
"Situasi ini juga berlaku apabila terjadinya air laut pasang sehingga menyebabkan kadar surut air agak perlahan dan ia dijangka mengambil beberapa hari lagi untuk pulih sepenuhnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 12 2023
![APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678635597_TBJPAM.jpg)
Kamarulsyah dan VP Shanmugam (tengah) ketika hadir pada Majlis Penutup Latihan Kesiapsiagaan Awam Menghadapi Bencana Bersama Komuniti DUN Gadek di Alor Gajah, pada Ahad. - Facebook APM Melaka
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza 10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728623714_TBSANIMAPIM.jpg)
10 kontena dari Malaysia berjaya masuk Gaza
Kontena tersebut antara lain berisi tepung gandum, pek penjagaan diri, kotak bantuan dan ubat-ubatan, dibawa masuk secara berperingkat.
![GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61634351170_globalpeacemission.jpg)
GPM sedang atur bantuan kecemasan AS$10,000 untuk masyarakat di Lubnan
Bantuan berbentuk keperluan asas bagi tempat tinggal sementara selain makanan panas serta keperluan bayi dan kanak-kanak sedang diatur.
![16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi 16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721345318_KarachiPakistan.jpg)
16 mayat ditemukan selepas suhu melonjak di Karachi
Mangsa meninggal dunia akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh suhu tinggi pada Rabu dan Khamis.
![AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711537673_TBBridgecollapse.jpg)
AS salur peruntukan AS$60 juta bina semula jambatan Baltimore
Jambatan itu runtuh pada Selasa selepas sebuah kapal pengangkut kargo besar hilang kawalan dan merempuh struktur Pelabuhan Baltimore.
![Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695874355_TBJalanterputus.jpg)
Komunikasi, pengangkutan cabaran getir hantar bekalan makanan ke Pensiangan
Then berkata kesemua perkara itu, perlu dilakukan secara manual dengan menaiki bot selain berjalan kaki dari kampung ke kampung.
![50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi 50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694749535_earthquake.jpg)
50,000 rumah runtuh dalam gempa bumi di Maghribi
Kerajaan akan memberikan bantuan kecemasan bernilai 30,000 dirham (kira-kira AS$3,000) kepada keluarga yang terjejas akibat gempa bumi itu.
![ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/81681031866_ASEAN.jpg)
ASEAN gerakkan dua bantuan terakhir ke Myanmar pada 16 Jun, 22 Jun
Ia bagi menyokong usaha bantuan kecemasan di Myanmar susulan bencana buruk akibat Siklon MOCHA bulan lalu.
![24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar 24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679873512_thunderstorms.jpg)
24 puting beliung landa Mississippi, cetus kemusnahan besar
Sekurang-kurangnya 24 puting beliung dilaporkan melanda Mississippi sejak Jumaat.
![Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679833564_TBTORNADODELTA.jpg)
Presiden Joe Biden isytihar darurat di Mississippi, lulus bantuan kecemasan
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengisytihar darurat di Mississippi dan meluluskan bantuan kecemasan bagi membiayai bantuan kecemasan di daerah Carroll, Humphreys, Monroe dan Sharkey.
![APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678635597_TBJPAM.jpg)
APM Melaka perluas program Kampung Siaga, tingkat kesiapsiagaan penduduk hadapi bencana
Menerusi program itu, penduduk atau komuniti akan diberikan latihan asas dan pendedahan awal menghadapi sebarang bencana dan kecemasan.