Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Muda bersedia untuk memindahkan penduduk kampung sekiranya kawasan kediaman mereka mula dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar sejak tengah malam tadi.
Pegawai Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kuala Muda Lt Muda Pertahanan Awam Azahar Ahmad berkata sehingga pukul 4 pagi, tiada mangsa yang dipindahkan di mana-mana pusat pemindahan di sini.
"Sehingga kini tiada pusat pemindahan yang dibuka bagi menempatkan mangsa tetapi kita dalam keadaan siap siaga untuk proses pemindahan jika perlu.
Tiga kampung yang terlibat iaitu Kampung Padang Salim, Kampung Hujung Matang dan Kampung Masjid yang melibatkan 14 orang dari empat keluarga yang mana paras air di dalam rumah setinggi 0.3 meter," katanya kepada Bernama hari ini.
Azahar berkata kejadian berlaku berikutan fenomena air pasang besar yang disertai dengan tiupan angin kencang dari laut ke daratan.
"Hujan lebat berterusan juga menyebabkan sistem perparitan dipenuhi air hingga menyebabkan banjir. Kita akan terus membuat pemantauan rumah yang terlibat dalam kejadian banjir kilat ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 13 2016

Ombak besar membadai pesisir pantai berikutan fenomena air pasang besar di sekitar Kota Kuala Muda pada October lalu - fotoBERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Ombak besar, air pasang: Semakin ramai mangsa berpindah ke PPS
Di daerah Kemaman, seramai 285 mangsa daripada 73 keluarga berlindung di dua pusat pemindahan sementara.

PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang
Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.

Pencari siput ditemui lemas selepas 12 jam hilang
Mayat mangsa ditemui oleh penduduk kampung sekitar jam 1.49 pagi pada Isnin, kira-kira satu kilometer dari lokasi kejadian.

Pulang dari bercuti, fenomena air pasang sumbang peningkatan mangsa banjir di PPS
Walaupun hujan sudah berkurangan dan cuaca semakin baik, jumlah mangsa banjir di negeri Kedah terus meningkat.

Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.

Empat kanak-kanak mati lemas ketika memancing
Empat kanak-kanak maut dalam sebuah kejadian air pasang yang berlaku di sebuah pantai di Quebec pada Sabtu.

Banjir dan air pasang, penduduk Batu Pahat diminta berjaga-jaga
Penduduk di daerah ini diminta berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan susulan banjir yang masih belum reda dan fenomena air pasang yang dijangka berlaku sehingga Ahad ini.

Air pasang luar biasa di Tanjung Aru, 11 rumah terjejas, 2 roboh dilanda ombak
Susulan itu, polis mengarahkan kesemua penduduk yang terkesan agar mengosongkan kediaman dan berpindah ke tempat selamat.

Banjir: Mangsa di Bagan Datuk berdepan fenomena air pasang besar pula
Selepas menghadapi banjir termenung atau banjir genang, mangsa di Daerah Bagan Datuk kini berdepan pula dengan fenomena air pasang besar.

Banjir Langkawi: 1 PPS dibuka malam ini tempatkan 37 mangsa
Seramai 37 mangsa banjir di langkawi ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa, di Padang Mat Sirat di sini, malam ini.