PASIR PUTEH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan merampas hasil tangkapan ikan seberat 1.3 tan termasuk dua bot nelayan Vietnam kerana menceroboh dan menangkap hasil laut di perairan negara, pada Sabtu.
Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata 12 nelayan warga Vietnam termasuk tekong masing-masing berumur 22 hingga 53 tahun turut ditahan dalam rampasan itu pada jarak 65 dan 67 batu nautika dari muara Tok Bali, di sini sekitar pukul 5.40 hingga 6.05 petang.
"Pemeriksaan ke atas bot pertama mendapati 10 kru manakala bot kedua dikendalikan oleh dua kru. Rampasan kali ini juga melibatkan pelbagai jenis ikan sebanyak 1.3 tan serta bekalan minyak diesel 7,300 liter.
"Nilai keseluruhan tangkapan termasuk bot, hasil ikan, diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan kira-kira RM1.2 juta," katanya satu dalam kenyataan, di sini, semalam.
Beliau berkata kedua-dua bot yang dirampas itu tidak memiliki permit untuk menangkap ikan di bawah Akta Perikanan 1985 serta kesemua nelayan terbabit melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 berikutan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia yang boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 ke atas setiap kru, jika sabit kesalahan," katanya.
Muhd Nur Syam Asmawie turut memaklumkan kesemua lelaki yang ditahan itu telah menjalani ujian saringan COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan negatif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 23 2021

Menurut APMM, nilai keseluruhan tangkapan termasuk bot, hasil ikan, diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarkan kira-kira RM1.2 juta.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Harga RON97, diesel di Semenanjung turun lima sen
Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak lima sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.38 dan RM3.13 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Mac ini.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 20 hingga 26 Feb ini.

Harga runcit RON95 kekal, RON97 dan diesel naik lima sen
Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga RON97 meningkat lima sen seliter daripada RM3.28 kepada RM3.33 seliter bagi tempoh 9 hingga 15 Jan.

Harga runcit RON95, diesel kekal, harga RON97 naik tiga sen
MOF memaklumkan harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.

Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 21 hingga 27 Nov.

128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 seliter dan RM2.05 seliter bagi tempoh 14 hingga 20 Nov ini.