KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bekerjasama dengan Indonesia dan Singapura untuk mengesan saki-baki mangsa yang masih hilang dalam kejadian bot karam di Tanjung Balau, di sini, Rabu lepas.
Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor Kapten Maritim Simon Templer Lo Tusa berkata, Pusat Penyelarasan Carilamat Maritim Putrajaya (MRCC) telah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pusat carilamat kedua-dua negara selain menggunakan kaedah navigational telex (NAVTEX).
"Sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) untuk kita maklum kepada negara jiran jika ada insiden-insiden di laut.
"Jadi dengan kerjasama ini, mereka boleh memberi maklumat kepada kita dan berhubung terus sekiranya ada penemuan baharu," katanya kepada pemberita di Pangkalan Hadapan Carilamat di Tanjung Balau di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas sekiranya pihak APMM ada menjalin kerjasama dengan negara jiran untuk mengesan 16 lagi mangsa yang dipercayai masih hilang.
Sementara itu, Simon berkata tiada penemuan baharu direkodkan setakat 3 petang tadi.
Beliau berkata mengikut SOP, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dilakukan selama empat hari dan ada kalanya boleh mencecah hingga 10 hari.
"Jika SAR ini dihentikan, operasi pencarian tetap diteruskan tetapi tidak secara bersepadu dan lebih tertumpu kepada agensi masing-masing," katanya.
Simon berkata, keadaan cuaca pada hari ini tidak menentu ditambah hujan dan ombak besar telah mengehadkan jarak penglihatan sekali gus menyukarkan pencarian.
"Berikutan itu pencarian udara hanya dapat dilakukan menggunakan satu aset daripada APMM sahaja berbanding rancangan awal melibatkan tiga pesawat daripada tiga agensi," katanya.
Beliau berkata radius SAR menggunakan aset udara pada hari ini diperluas kepada 76.5 batu nautika persegi manakala pencarian di laut pula 106.02 batu nautika persegi.
Setakat ini 21 orang meninggal dunia akibat kejadian itu, 13 selamat manakala 16 dipercayai masih hilang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 18 2021

Ketua Bot Perkasa 29 APMM, Bintara Muda Maritim Mohd Husnan Mohd Yasid (kanan) bersama Laskar 1 Maritim Mohd Asri Mohd Yusoff membuat rondaan di laut bagi meneruskan operasi SAR mangsa bot karam Tanjung Balau, hari ini. - Bernama
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

2 maut, 12 hilang selepas bot nelayan karam di Pulau Jeju
Daripada 27 kru, 15 berjaya diselamatkan, termasuk dua yang ditemukan tidak sedarkan diri dan dibawa ke hospital berhampiran.

Bot regata karam masih belum ditemukan - Pengarah UKPS
Bot regata yang karam di Sungai Sarawak hingga meragut nyawa lima kakitangan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), masih belum ditemukan.

Bot karam: Operasi SAR hari kedua ditangguh, tiada petunjuk baharu
JBPM telah melakukan 10 selaman setelah mengesan objek di dasar sungai, namun kesemuanya menunjukkan keputusan negatif dengan penglihatan sifar.

Bot lalui lokasi latihan regata perlu perlahankan pergerakan - Polis
Peserta regata turut disaran memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan selain penganjur pertandingan perlu menyediakan bot pengiring.

Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Bapa mangsa harap bangkai bot dijumpai, yakin anak terperangkap
Dia percaya anak perempuannya terperangkap di dalam satu ruang tertutup di dalam bot berkenaan.

Operasi carilamat mangsa bot karam ditamatkan
Operasi mencari dan menyelamat (carilamat) dua mangsa bot karam di perairan Kemaman ditamatkan pada 7 malam ini.

Operasi mencari mangsa bot karam diteruskan pagi ini
Operasi yang memasuki hari ketiga akan melibatkan sektor pencarian seluas 407.8 batu nautika termasuk di laut dan udara.

'Pertama kali Aina sertai rombongan, tak sangka bertukar tragedi'- Bapa
Kali terakhir Muhamad Husaini bertemu anaknya, Aina Husna ialah pada Khamis lalu, ketika menemani untuk membeli barangan keperluan mencandat sotong.