Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mematahkan cubaan menyeludup dan merampas minuman beralkohol yang belum dibayar cukai bernilai RM125,000 ke Sabah apabila anggota agensi itu menahan feri yang membawa sebuah lori dengan muatan barangan kontraban, kira-kira 5.6 batu nautika dari perairan Labuan, lewat petang Ahad.
Lori dipercayai bernilai lebih yang RM70,000 digunakan untuk menyeludup arak berjenama 'Tiger Beer' juga dirampas.
Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata lori mengangkut arak itu dikesan menaiki feri dari Labuan menuju ke Menumbok, Sabah pada pukul 5.30 petang semalam.
"Sebaik mendapat maklumat daripada orang ramai, kami segera mengekori feri itu selama hampir sejam sebelum menahannya pada pukul 6.44 petang kira-kira 5,6 batu nautika dari perairan Labuan, kami menjumpai arak itu disorok di bawah guni yang mengandungi serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa.
Kami mengarahkan kapten feri untuk segera berpatah balik ke Labuan dan merampas lori dan menahan pemandu kira-kira pukul 10.10 malam di Terminal Feri Labuan untuk siasatan lanjut," katanya.
Pemandu berusia 31 tahun itu memberitahu APMM bahawa dia memandu ke Kota Kinabalu tetapi gagal memberi penjelasan yang memuaskan di mana dia mengambil arak itu.
Che Adnan berkata pemandu lori itu kemungkinan akan didakwa menyeludup di bawah Akta Kastam 1967, kerana gagal menunjukkan dokumen membuktikan sumber konsainan.
"Rampasan ini (terbesar setakat tahun ini) malam ini (tadi), kami merekodkan empat kes setakat ini dengan dua daripadanya telah di bawa ke mahkamah," kata beliau.
--BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2017
Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapt Maritim Che Adnan Md Isa berkata pihaknya menjumpai arak disorok di bawah guni yang mengandungi serpihan-serpihan kayu bagi tujuan mengabui mata pihak berkuasa. --fotoBERNAMA
Pilihan raya Delhi: Pemberian percuma jadi taruhan politik
Lebih 13,000 pusat mengundi akan dibuka di seluruh bandar bagi membolehkan pengundi memilih 70 anggota dewan negeri yang baharu.
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua nelayan hilang dekat Pulau Undan ditemukan selamat di Dumai
Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat di perairan Pulau Undan di sini 15 Jan lepas ditemukan selamat di Dumai, Indonesia. P
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
Hilang di laut: Operasi SAR cari Muhammad Ikmal, Nor Hasrul dihentikan
Operasi telah meliputi sehingga 4,802 batu nautika bersamaan 8,884 kilometer persegi.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.