GEORGE TOWN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan kapal kargo MV WISDOM GRACE di kedudukan 17 batu nautika barat Muka Head, dekat sini, kerana berlabuh tanpa kebenaran, semalam.
Pemangku Pengarahnya Komander Maritim S.Nak Rong berkata Kapal KM Sikuati yang dalam perintah operasi telah melakukan pemeriksaan ke atas kapal kargo itu dan mendapati terdapat 19 kru termasuk kapten kapal yang kesemuanya warga China, berusia lingkungan 27 hingga 54 tahun.
"Hasil pemeriksaan mendapati kapal yang didaftarkan di Panama itu disyaki melakukan kesalahan iaitu berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya kapal kargo itu bersama semua kru ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan kapal kargo MV WISDOM GRACE di kedudukan 17 batu nautika barat Muka Head, kerana berlabuh tanpa kebenaran, semalam. - Foto FB APMM
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.

Ops Bersepadu: Tujuh nelayan positif dadah ditahan
Operasi disertai 51 anggota pelbagai agensi memfokuskan kepada pemeriksaan di perairan Teluk Kumbar dan jeti pendaratan ikan sekitarnya.

APMM P.Pinang tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan kapal kargo MV WISDOM GRACE di kedudukan 17 batu nautika barat Muka Head, kerana berlabuh tanpa kebenaran, semalam.

Enam nelayan Indonesia ditahan tangkap ikan di perairan negara
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing bersama enam kru Indonesia yang menceroboh perairan negara.

Kapal tangki dan bot tunda berserta kru ditahan laku pemindahan minyak tanpa kebenaran
APMM Pulau Pinang menahan sebuah kapal tangki dan bot tunda bersama kru yang mengendalikannya kerana melakukan aktiviti pemindahan minyak kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran.

APMM tahan dua bot nelayan gaji warga asing
Kesemua lelaki warga asing itu ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.