SEMPORNA: Cubaan tiga lelaki warga asing menyeludup keluar 1,156 paket minyak masak ke negara jiran gagal apabila dua daripadanya ditahan ketika sedang memunggahkan bekalan berkenaan ke dalam tiga bot, di Kampung Bangau-Bangau di sini awal pagi semalam.
Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Maritim Norrimi Hassan berkata anggota bertugas dalam Op Pluto Timur diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat dari unit perisikan maritim berkaitan pergerakan bot mencurigakan berhampiran kelong ikan di lokasi kejadian pada 5.30 pagi.
"Didapati tiga lelaki memindahkan bekalan minyak masak dari sebuah kelong ikan ke dalam tiga bot dan apabila suspek menyedari kehadiran bot ronda, seorang daripada suspek nekad terjun ke laut berenang ke arah daratan untuk melarikan diri, manakala dua lagi suspek berusia 16 dan 30 tahun berjaya ditahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kini pihak maritim giat mengesan suspek yang melarikan diri dan keseluruhan rampasan termasuk bot bernilai RM22,400.
Norrimi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau lain-lain kegiatan jenayah maritim agar melaporkan segera ke Pusat Operasi Zon Maritim Sempornadengan menghubungi talian 089-782619 atau MERS 999.
Beliau berkata pihaknya sentiasa memperkukuhkan penguatkuasaan di sekitar kawasan 'panas' terutama sempadan perairan negara dalam usaha membanteras penyeludupan dan kemasukan pendatang haram ke Sabah melalui jalan laut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021

Apabila suspek menyedari kehadiran bot ronda, seorang daripada mereka terjun ke laut untuk melarikan diri, manakala dua lagi suspek berjaya ditahan. - Foto ihsan APMM Semporna/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

APMM patah cubaan seludup lebih 1,000 paket minyak masak ke negara jiran
Anggota bertugas dalam Op Pluto Timur diatur gerak ke lokasi selepas menerima maklumat dari unit perisikan maritim.