KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 13 nelayan asing termasuk tekong warga Vietnam selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan Terengganu.
Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abd Rashid berkata dalam operasi yang diadakan pada Selasa, pihaknya turut merampas bot, 500 liter minyak diesel, satu tan hasil laut serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM1.5 juta.
"Bot nelayan asing itu ditahan sekitar pukul 5.40 petang di kedudukan kira-kira 102 batu nautika tenggara Kuala Kemaman. Kesemua kru bot yang berumur 23 hingga 45 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia, 13 tahanan tersebut menjalani ujian saringan COVID-19 sebagai langkah pencegahan.
Kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh dan menangkap ikan di perairan negara tanpa permit yang sah.
Rashidilhadi berkata APMM memandang serius isu pencerobohan nelayan asing dan akan mempertingkatkan lagi rondaan dan kawalan di Zon Maritim Malaysia bagi memastikan perairan negara sentiasa selamat dan terpelihara.
"Orang ramai juga disarankan memberi kerjasama untuk membantu menangani sebarang aktiviti jenayah maritim dengan membuat aduan melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu menerusi talian 09-6884357," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022

Rashidilhadi berkata dalam operasi yang diadakan pada Selasa, pihaknya turut merampas bot, 500 liter minyak diesel, satu tan hasil laut serta peralatan menangkap ikan dianggarkan bernilai RM1.5 juta. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.

86 kes tangkapan bot nelayan asing cuba ceroboh perairan negara tahun lepas - Shamsul Anuar
Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata bagaimanapun isu pencerobohan bot nelayan asing yang cuba mencuri hasil laut negara masih terkawal.

Nelayan asing: Pemilik bot didenda RM10,000 terlibat kegiatan bot klon
Seorang pemilik bot tempatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis gara-gara bersekongkol dengan nelayan asing yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot klon.

Pencerobohan sempadan: Malaysia tidak kompromi, manfaat ruang diplomasi bangkit isu
Malaysia tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara dan sentiasa memanfaatkan mana-mana ruang diplomasi pertahanan bagi membangkitkan isu pencerobohan.

Pencerobohan nelayan asing, kemasukan pekerja asing antara tumpuan Parlimen hari ini
Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 29 hari sehingga 30 Mac ini.

Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.

Kebanjiran nelayan Rohingya di Pulau Pinang undang masalah
Persatuan telah menulis surat sebanyak dua kali kepada pihak berkuasa mengenai kebanjiran nelayan asing yang menggugat pendapatan nelayan di Pulau Pinang.

Lima nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara
Bot tersebut dikendalikan lima kru warga Indonesia termasuk tekong berusia lingkungan 16 hingga 21 tahun.

Bot tunda ditahan di Pulau Burung Labuan
Bot tunda itu dikendalikan oleh tujuh kru dan kesemuanya mereka warganegara Indonesia yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 50 tahun.

40 bot nelayan asing dilupuskan jadi tukun tiruan
Kaedah penenggelaman bot-bot nelayan asing sebagai tukun tiruan merupakan inisiatif dalam memulihara dan menggalakkan biodiversiti marin.