KUALA LUMPUR: Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM) - Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) mencadangkan agar satu Suruhanjaya Perubahan Iklim ditubuhkan di negara ini.
Pengerusinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) berkata suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim termasuk adaptasi dan pengurusan risiko bencana.
Beliau berkata APPGM-SDG juga menyarankan supaya dilakukan kajian semula perancangan guna tanah negara termasuk Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan serta proses penyahwartaan Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Malaysia.
"Hasil penyelidikan pasukan APPGM-SDG pada 2020 dan 2021 mendapati terdapat kawasan-kawasan di Malaysia termasuk kawasan Parlimen Batang Lupar yang merekodkan banjir akibat pembangunan dan aktiviti tukar guna tanah tidak dirancang dengan betul tanpa penilaian risiko mencukupi," katanya ketika meminta penjelasan dan memberikan pandangan pada Mesyuarat Khas berkenaan bencana banjir di Dewan Rakyat semalam.
Menurut Rohani, kesan banjir menjadi lebih buruk pada masa depan dengan peningkatan penduduk, kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi di kawasan terdedah banjir, ditambah dengan peningkatan kekerapan dan intensiti cuaca ekstrim akibat perubahan iklim.
Selain itu, pihaknya juga mencadangkan supaya dilaksanakan transformasi di kawasan perbandaran ke arah pengurusan air lebih holistik dan inovatif, mengkaji semula dan menghentikan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar dan melaksana pengurusan risiko bencana berasaskan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Rohani berkata, kesan banjir menjadi lebih buruk pada masa depan dengan peningkatan penduduk, kadar urbanisasi dan pembangunan ekonomi di kawasan terdedah banjir. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Malaysia catat peratus perancang keluarga tidak dipenuhi agak tinggi
Malaysia mencatatkan jumlah keperluan perancang keluarga tidak dipenuhi yang agak tinggi iaitu sekitar 26.7 peratus pada 2022.

Kesaksamaan gender: Letakkan suri rumah dalam kategori wanita bekerja - Rohani
Meletakkan golongan tersebut dalam kategori wanita bekerja dapat melonjakkan kedudukan negara dalam indeks global berkaitan kesaksamaan gender.

PRU15: Shafizan gementar isi 'kasut besar' Rohani
Mohd Shafizan Kepli tidak menyangka bahawa satu panggilan ke telefon bimbitnya pada 30 Oktober lalu telah mengubah hidupnya.

APPGM-SDG cadang penubuhan Suruhanjaya Perubahan Iklim
Suruhanjaya itu akan berperanan sebagai badan pengawasan bebas untuk mengawal selia hal ehwal berkenaan perubahan iklim.

Kerajaan digesa segerakan pembentangan RUU gangguan seksual
Beberapa Ahli Parlimen menggesa kerajaan membentangkan rang undang-undang mengenai gangguan seksual di Dewan Rakyat dengan kadar segera bagi melindungi golongan wanita di negara ini.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021: Penghormatan buat tiga Anak Sarawak
Pelantikan tiga Anak Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 sebagai satu penghormatan buat Sarawak dan juga satu tanggungjawab besar untuk negara.

Tun Arifin Zakaria ketuai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021
19 Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tiada lagi kes mahkamah antara Petronas dan kerajaan Sarawak - Timbalan Menteri
Petronas dan kerajaan negeri Sarawak sepakat menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung kutipan cukai jualan negeri (SST) bagi produk petroleum.

Harga pelitup muka turun 30 sen mulai 15 Ogos
Kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

GPS beri sokongan penuh kepada kerajaan pusat
Rohani Abdul berkata parti itu sentiasa mengutamakan kepentingan dan apa yang terbaik untuk Sarawak serta menyokong Perdana Menteri.