KUALA LUMPUR: Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mohammed bin Salman pada Rabu melancarkan 'Visi Madinah' untuk membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi.
Saudi Press Agency (SPA) memetik kenyataan Putera Mohammed berkata, "Visi Madinah ini selari dengan objektif Wawasan 2030 dalam meningkatkan kapasiti jemaah umrah kepada 30 juta orang menjelang tahun 2030 mengikut kriteria dan standard yang tertinggi.
"Hal ini membuktikan komitmen Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah di Madinah Munawwarah sebagai destinasi kebudayaan Islam yang moden".
Menurut beliau, projek pembangunan itu akan dijalankan di kawasan berkeluasan kira-kira 1.5 juta meter persegi, menempatkan 47 ribu unit penginapan menjelang 2030, di samping kawasan tanah lapang dan hijau.
"Projek ini turut menyediakan sembilan stesen bas, stesen kereta api bawah tanah, laluan kenderaan pandu sendiri dan tempat letak kereta bawah tanah, bagi memudahkan perjalanan jemaah ke Masjid Nabawi, selain menyediakan peluang pekerjaan dan merancakkan aktiviti perniagaan setempat", katanya lagi.
Menurut SPA lagi, Visi Madinah dijangka dapat meningkatkan mutu dan taraf hidup penduduk Madinah dan jemaah umrah yang melawat bandar itu dengan peningkatan kapasiti hotel dan perkhidmatan terbaik yang ditawarkan di sayap timur Masjid Nabawi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 25 2022

'Visi Madinah' bertujuan membangunkan sayap timur Masjid Nabawi, Madinah bagi menerima kedatangan 30 juta jemaah umrah dari dalam dan luar Arab Saudi. - Bernama

Pemandu ambulans tidak mengaku setubuhi anak tiri
Seorang pemandu ambulans yang juga penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tiri perempuannya, tiga tahun lalu.
“Saya cakap bahasa orang asli nanti..” - Timbalan Speaker
Timbalan Speaker cuba meredakan kekecohan yang berlaku didalam Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Ketereh mencelah sesi Menteri Pertahanan berkaitan isu pesara dan pencen.
“Saya cakap bahasa orang asli nanti, kalau tidak reti bahasa melayu, saya cakap bahasa ibunda saya” - Timbalan Speaker
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Saya cakap bahasa orang asli nanti, kalau tidak reti bahasa melayu, saya cakap bahasa ibunda saya” - Timbalan Speaker
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

Dua bekas pengarah syarikat didakwa tipu urusan pelaburan minyak diesel
Dua bekas pengarah sebuah syarikat pelaburan serta perdagangan minyak, gas dan petroleum mengaku tidak bersalah datas pertuduhan menipu.

Tarikh lihat anak bulan Ramadan pada 28 Feb
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini adalah pada petang Jumaat, 28 Feb bersamaan dengan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

ACLE: Apa sebenarnya berlaku sehingga Shandong Taishan tarik diri?
Shandong Taishan dikira terkeluar daripada saingan elit Asia itu kerana gagal melaporkan diri menjelang perlawanan berkenaan.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Peningkatan mendadak kanser hati di Malaysia cetus kebimbangan, hati berlemak punca utama
Peningkatan mendadak kes kanser hati di Malaysia telah mencetuskan kebimbangan serius dalam kalangan pakar kesihatan, dengan penyakit hati berlemak menjadi penyebab utama.
AWANI Ringkas: Tarikh lihat anak Bulan Ramadan 28 Februari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu, Cuaca Kering diadakan 5 Mac ini
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering yang turut disertai Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada 5 Mac ini.

Arab Saudi lancar 'Visi Madinah', sedia sambut 30 juta jemaah umrah menjelang 2030
Bukti komitmen Arab Saudi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada jemaah umrah di Madinah sebagai destinasi kebudayaan Islam moden.