JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi mengumumkan pihaknya mula mengeluarkan e-visa umrah (visa elektronik) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
Kementerian, menerusi kenyataan yang dipetik Agensi Berita Arab Saudi (SPA) berkata langkah itu seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
Permohonan e-visa umrah boleh dikemukakan melalui platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya jemaah dapat tiba di negara itu seawal 19 Julai.
Menurut laporan itu, Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam dari seluruh dunia untuk mengunjungi Makkah dan Madinah, selain menyediakan pilihan penginapan dan perkhidmatan pengangkutan menerusi peta interaktif dalam beberapa bahasa.
Kementerian sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusk.
Menurut kementerian, fasiliti yang diberikan kepada para jemaah adalah sebahagian daripada perundangan baharu kementerian, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63 peratus sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.
Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.
Prosedur umrah yang dikemas kini itu juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa pengiring lelaki (mahram).
Peraturan baharu itu turut membenarkan jemaah atau pengunjung melawat lokasi unik di Arab Saudi untuk mempelajari kepelbagaian budaya dan agama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 05 2023

Kementerian Haji dan Umrah (MOHU) Arab Saudi mengumumkan pihaknya mula mengeluarkan e-visa umrah (visa elektronik) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu. - Foto Sinar Harian

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Arab Saudi mulakan pengeluaran e-visa umrah
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.