RIYADH: Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) yang memetik kenyataan Direktorat Agung Keselamatan Awam Arab Saudi, iklan palsu tersebut bertujuan memperdaya dan menipu masyarakat tentang perkhidmatan yang diberikan menerusi individu atau agensi yang tidak diketahui.
Antara perkhidmatan yang dijanjikan menerusi iklan berkenaan adalah seperti perkhidmatan menunaikan haji bagi pihak lain, penyediaan dan pengagihan haiwan korban untuk jemaah haji dan perkhidmatan pengangkutan.
"Kami juga ingin menjelaskan ‘The Kingdom of Saudi Arabia Project For Utilisation Of Hady & Adhi’ (Adahi) merupakan pihak berkuasa rasmi yang dilantik oleh kerajaan Arab Saudi dan bertanggungjawab dalam urusan kupon Hady, Adahi, Fidyah dan Sedekah bagi pihak jemaah haji,” katanya.
Pihaknya juga berkata, sebarang urusan mengenai perkara tersebut boleh dilakukan melalui laman web rasmi projek adahi.org, atau platform elektronik rasmi lain seperti platform Ehsan atau cawangan-cawangan yang bertauliah.
"Penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang”, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Pihak berkuasa Arab Saudi memberi amaran, penguatkuasaan dan penalti akan dikenakan ke atas sesiapa yang melanggar undang-undang. - Gambar/ AP

Ketua Suruhanjaya AU desar penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan
Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika (AU), Moussa Faki Mahamat, menggesa penghentian segera permusuhan di Selatan Sudan, lapor Xinhua.

Operasi LRA Bukit Pinang dihenti, 65,000 di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Kira-kira 65,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) mengalami gangguan bekalan air selepas operasi Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang Fasa 1, 2, dan 3 dihentikan.
AWANI Ringkas: Pemimpin, ahli UMNO yang tinggalkan parti diseru kembali
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jalan terputus hubungan akibat banjir dan cerun runtuh di Sabah
Beberapa jalan di daerah Beaufort, Tenom, dan Keningau terputus hubungan hari ini akibat banjir serta cerun runtuh berikutan hujan lebat berterusan yang melanda kawasan tersebut.

KPT pantau rapi keadaan pelajar kemalangan di Jordan
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang memantau rapi keadaan empat pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan, kata Menterinya Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Polis tahan lelaki cetus kekecohan di rumah ibadat
Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental kerana mengamuk di Gereja St Joseph, di sini, semalam.

Air jagung Gopi 'laku keras', terjual lebih 150 bungkus setiap hari
Air jagung Gopi yang dijual bekas pemain bola sepak kebangsaan Mohammad Gopi, di hadapan rumahnya di Kampung Api-Api sempena Ramadan ini 'laku keras' selepas terjual lebih 150 bungkus setiap hari.

Cabang PKR Sabah sokong jawatan Presiden, Timbalan Presiden tidak dipertandingkan
Cabang-cabang PKR Sabah dalam mesyuarat sehingga semalam menyokong usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti pada Mei ini.

Pelajar perempuan Afghanistan dinafikan pendidikan mungkin lebih 4 juta menjelang 2030 - UNESCO
Sekatan yang dikenakan oleh Taliban terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di Afghanistan telah menjejaskan kira-kira satu setengah juta pelajar.
The Future Is Female: IWD2025 — RYTHM Foundation: Building a Better Future
On this episode of #TheFutureIsFemale Melisa Idris speaks with Datin Seri Umayal Eswaran, Chairperson of RYTHM Foundation, the corporate social responsibility arm of QI Group, about its work which focuses on education, empowerment, and the environment.

Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terperdaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.

Pastikan kesahihan terlebih dahulu jika ditawarkan visa furada - Idris
Ini bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menawarkan pakej haji palsu.