Arab Saudi pada Selasa menyerahkan pampasan kepada waris kesemua tujuh jemaah haji Malaysia, yang terkorban dalam insiden kren tumbang di Makkah pada 2015, pada satu majlis di Kompleks Islam Putrajaya, di sini.
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud, kepada mangsa kejadian kren tumbang yang mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi cedera pada musim haji 1436 Hijrah.
Selain waris mangsa yang terkorban, turut menerima pampasan adalah tiga jemaah haji Malaysia yang cedera dalam insiden itu dengan masing-masing menerima 500,000 Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM587,574).
Pampasan disampaikan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan bagi mewakili kerajaan Arab Saudi dan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Nik Mohd Hasyudeen Yusoff.
"Pampasan yang diberikan oleh Raja Salman menunjukkan keperihatinan baginda dan kami amat berterima kasih atas kebaikan dan kemurahan hati baginda.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mahu menyampaikan ucapan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada Baginda Raja Salman bin AbdulAziz Al Saud atas empati dan perhatian yang diberikan terhadap jemaah haji Malaysia, terutamanya kepada mangsa insiden kren tumbang," kata Mujahid pada majlis tersebut.
BACA: Kren tumbang di Masjidilharam: Wang pampasan bukti keprihatinan Raja Salman - Duta Arab Saudi
Sambil mengakui insiden itu merupakan satu tragedi yang menyedihkan Malaysia, apabila tujuh jemaah haji meninggal dunia, dan beberapa yang lain tercedera, beliau percaya, kejadian itu juga telah menggangu emosi dan diambil perhatian oleh kerajaan Arab Saudi dan juga penduduk dunia.
Pada 11 Sept 2015, sebuah kren tumbang ke dalam Masjidil Haram, Makkah, mengorbangkan 111 orang dan lebih 230 yang lain cedera. Insiden disebabkan angin kuat dan hujan lebat itu meninggalkan kenangan pahit kepada jemaah haji dari Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Turki, Algeria, Iran, Iraq, Libya, Afghanistan dan Mesir.
Berikutan insiden itu, Raja Salman mengarahkan supaya 1 juta Riyal diberikan sebagai pampasan kepada keluarga mereka yang meninggal dunia dalam kejadian kren runtuh itu, dan masing-masing dua anggota keluarga mangsa yang meninggal dunia, menjadi tetamu baginda untuk musim Haji 2016.
Mujahid berkata kesemua pampasan tersebut diuruskan oleh Amanah Raya Berhad, bagi memastikan kelancarannya.
Katanya Arab Saudi telah menubuhkan jawatankuasa peringkat tinggi, bagi meneliti senarai mangsa yang terlibat dalam insiden itu dan menetapkan hanya tiga sahaja jemaah Malaysia yang cedera, menerima pampasan.
"Sebelum ini melalui rundingan, kita memang nak dapatkan untuk semuanya tapi tidak kesampaian, kerana mereka (Arab Saudi) hanya beri kepada tiga yang cedera sahaja, itu keputusan mereka, bukan keputusan kita," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Mujahid berkata TH telah memastikan keluarga mangsa dengan seawal mungkin menerima manfaat RM20,000, sebagai tambahan kepada RM20,000 yang diberikan di bawah perlindungan Takaful.
"Sebagai tambahan, setiap mereka yang cedera diberikan RM2,000 setiap seorang. Selain, Lembaga Tabung Haji telah melawat keluarga mangsa selepas insiden itu, bagi menyampaikan ucapan takziah dan sokongan berkaitan yang mungkin mereka perlukan.
"Badal Haji juga telah dilakukan bagi setiap jemaah yang meninggal dunia, saya sehubungan itu mahu mengucapkan tahniah atas usaha terbaik ini," katanya.
Sementara itu, Dr Mahmoud Hussien berkata, Kerajaan Arab Saudi akan meneruskan usahanya untuk membangun dan menambah baik perkhidmatan disediakan untuk jemaah haji.
Katanya projek penambahan dan pembangunan di pelbagai sektor akan berterusan di Makkah, Madinah dan tempat-tempat suci, dalam memastikan dapat mencapai Wawasan 2030 yang menyasarkan jumlah mu'tamir (jemaah umrah) mencapai kira-kira 30 juta jemaah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 14 2020

Mujahid (lima, kanan), Mahmoud Hussien (empat, kanan) dan Fuziah (lima, kiri) bergambar bersama mangsa dan waris mangsa kren tumbang di Makkah pada majlis penyerahan sumbangan di Jakim, Putrajaya, 14 Jan, 2020. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.
'Tapi sedih dia tak jemput' - Timbalan Yang di-Pertua
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mengucapkan ucapan selamat pengantin baru kepada YB Sandakan dan Timbalan Yang di-Pertua berseloroh bahawa tidak dijemput ke majlis tersebut. #AWANInews

Penyanyi rap A$AP Rocky bebas tuduhan serangan senjata api
Penyanyi Rap Amerika Syarikat, A$AP Rocky dibebaskan daripada pertuduhan serangan jenayah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
PETRONAS masih di peringkat awal eksplorasi- Azalina
PETRONAS masih di peringkat awal aktiviti eksplorasi bagi Lembangan Langkasuka dengan perolehan data seismik 2D selesai pada 2024.

Mara ke pusingan 16 ACLE: Pemain beri persembahan terbaik mereka - Hector Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio bangga dengan kejayaan anak buahnya mara ke pusingan 16 saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Arab Saudi serah pampasan kepada waris jemaah insiden kren tumbang di Makkah
Bayaran pampasan bernilai 1 juta Saudi Riyal (bersamaan kira-kira RM1.17 juta) kepada setiap waris mangsa berkenaan adalah pampasan peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud.