PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi.
Panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Yaacob Md Sam sebulat suara memutuskan bahawa tidak ada rasional, atau tidak munasabah atau menyalahi undang-undang arahan pihak berkuasa negeri untuk melaksanakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda di premis perniagaan.
"Dasar itu tidak melanggar Perkara 5 atau Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, kami menolak rayuan perayu. Perintah Mahkamah Tinggi disahkan. Memandangkan ini adalah perkara yang melibatkan kepentingan awam, tiada perintah mengenai kos," kata hakim menerusi prosiding dalam talian.
Dua lagi hakim dalam panel tersebut ialah Datuk P. Ravinthran dan Datuk Nazlan Mohd Ghazali.
Ahli perniagaan, Jehan Abdullah dan Dana Palan Arunachalam, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 5 Ogos 2021, yang antara lain, memutuskan bahawa mereka tidak mempunyai 'locus standi' untuk membawa tindakan undang-undang kerana mereka hanya memegang lesen perniagaan tetapi tidak memiliki premis perniagaan.
Antara lain, Mahkamah Tinggi juga menyatakan bahawa tulisan Jawi boleh digunakan untuk menyampaikan maksud dalam bahasa Melayu dan oleh itu merupakan sebahagian daripada bahasa kebangsaan.
Pada mulanya, Jehan dan Dana Palan turut disertai seorang lagi lelaki iaitu Phang Long Yen dalam permohonan semakan kehakiman mereka terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan kerajaan Pahang pada 2020.
Bagaimanapun, Phang telah meninggal dunia dan bukan pihak dalam rayuan pada Khamis.
Ahli perniagaan berkenaan, antara lain, memohon perintah untuk membatalkan arahan MPK dalam surat bertarikh April 2019 supaya perniagaan menggunakan tulisan Jawi pada papan tanda di premis mereka.
Mereka juga memohon perintah untuk membatalkan keputusan exco kerajaan negeri pada 1 Mac 2018 untuk menggalakan penggunaan tulisan Jawi.
Mereka juga menuntut pengisytiharan bahawa Seksyen 107 (2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 adalah bertentangan dengan Perkara 8 (kesamarataan) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan tersebut menyatakan bahawa setiap lesen atau permit yang diberikan hendaklah tertakluk kepada syarat dan sekatan, sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh pihak berkuasa tempatan dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa tanpa memberi alasan.
Dilaporkan bahawa kerajaan negeri Pahang memutuskan pada 2018 bahawa semua premis perniagaan dan papan tanda jalan akan menggunakan tulisan Jawi dalam usaha memartabatkan penggunaan tulisan Jawi.
JIka enggan mematuhi arahan tersebut, pemilik premis boleh dikenakan denda sehingga RM250 dan lesen perniagaan mereka dibatalkan.
Dalam prosiding rayuan tersebut, MPK diwakili peguam Ong Siew Wan dan Datuk Saiful Edris Zainuddin bertindak bagi pihak kerajaan Pahang manakala perayu diwakili peguam T. Gunaseelan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023

Mahkamah Rayuan pada Khamis menolak rayuan dua ahli perniagaan dari Kuantan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkan tulisan Jawi. - Gambar fail/BERNAMA

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Klang
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Wanita gugur tuntutan mahkamah terhadap Mike Tyson atas kesalahan rogol
Seorang wanita yang menuduh Mike Tyson merogolnya dalam limosin pada 1991 telah menggugurkan tuntutan mahkamah terhadapnya.
Pantau Belanjawan: Sejauh mana kesediaan Malaysia untuk peralihan kepada tenaga nuklear?
Sekurang-kurangnya lapan protokol atau konvensyen penting yang ditetapkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu ditandatangani dan disahkan sebelum Malaysia dapat meneroka penggunaan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik. Apakah langkah yang telah diambil, dan apakah cabaran yang kekal dalam memenuhi piawaian nuklear antarabangsa? Kupasan lanjut bersama Felo Utama, Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), UKM, Prof. Dr. Ahmad Fariz Mohamed.

Malaysia perkukuh rantaian bekalan semikonduktor bersama negara ASEAN - Liew
Malaysia tidak berhasrat untuk bersaing dengan negara jiran atau negara anggota ASEAN lain dalam usaha memperkukuh rantaian bekalan terutama dalam sektor semikonduktor di rantau ini.
Pastikan kod QR tiket bas tersedia untuk Kelancaran pulang beraya
Orang ramai dinasihatkan untuk pastikan kod QR perlepasan tersedia selepas tiket bas dibeli secara atas talian bagi memudahkan proses berlepas di pintu kawalan masuk di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) bagi pulang beraya pada aidilfitri kelak.

Arahan tulisan Jawi di papan tanda tidak langgar Perlembagaan Persekutuan - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan menolak rayuan dua ahli perniagaan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap keputusan pihak berkuasa tempatan mengarahkan setiap papan tanda kedai memaparkakan tulisan Jawi.