SHAH ALAM: Arahan bersiap siaga kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk terlibat dalam operasi banjir telah diterima daripada peringkat atasan sejak dua bulan lepas, kata Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang.
"Pengarahan dari atas sejak dua bulan lepas, kata siap siaga, kalau dah air naik saya tidak tunggu lagi jika saya ada anggota dan aset sedia, saya akan selamatkan orang awam dahulu nak tunggu apa lagi," katanya pada sidang media Ops Banjir Taman Sri Muda di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan bahawa ATM turun membantu mangsa banjir tanpa kelulusan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan memaklumkan pihaknya bersiap siaga untuk terlibat dalam operasi banjir, sekiranya ada kenaikan air di mana-mana kawasan.
Mengakui keadaan bencana yang dihadapi agak kelam-kabut pada peringkat awal, Affendi berkata perkara itu sentiasa berlaku dalam keadaan bencana di mana-mana tempat.
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
"Kalau di Amerika Syarikat pun, ketika taufan berlaku mereka juga menghadapi masalah yang sama tetapi itu tidak semestinya menjadi titik noktah, kita perlu perbaiki dari situ.
"Sudah tentu pada hari pertama, keadaan kelam-kabut tetapi sekiranya semua orang berusaha bersama-sama dan memainkan peranan mereka, kita boleh selesaikannya dan kurang orang yang menderita," katanya sambil menambah waktu darurat ketika ini, semua pihak perlu bekerjasama.
Affendi berkata pada waktu bencana, tidak ada satu sistem pun yang betul untuk memenuhi semua jenis musibah dan satu-satunya cara adalah semua orang bekerjasama dan menyelesaikannya.
"Memang pada mulanya kita akan kelam-kabut tetapi selepas menempuhnya semua akan diselesaikan," kata Affendi.
Beliau berkata ATM kini bersedia untuk menghadapi musim monsun yang biasanya akan mengakibatkan banjir di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
"Ingin saya ingatkan bahawa untuk bencana banjir ini, saya fikir kita harus bersedia, (situasi) terburuk belum berakhir. Monsun ini belum sampai lagi di kawasan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang merupakan kawasan tradisi. Jadi anggota kami semua berada di sana untuk memastikan jika apa-apa berlaku mereka akan berada di tempatnya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 23 2021

Affendi berkata pada waktu bencana, tidak ada satu sistem pun yang betul untuk memenuhi semua jenis musibah dan satu-satunya cara adalah semua orang bekerjasama dan menyelesaikannya. - fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Banjir: Polis cadang tempatkan lima bot bagi setiap IPD
Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang menempatkan lima bot bagi setiap 157 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh negara sebagai tindak balas segera sekiranya berlaku bencana banjir.

UMNO cadang sidang khas Parlimen mengenai banjir
Sidang khas Dewan Rakyat mengenai banjir perlu diadakan bagi membolehkan wakil rakyat mengutarakan pandangan dan melontarkan cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana.

Banjir: Ibu bapa buntu kelengkapan sekolah anak musnah
Perasaan lega ibu bapa di Kota Marudu yang membuat persiapan awal dalam menyediakan kelengkapan anak bagi sesi baharu persekolahan yang bermula 10 Jan depan bertukar buntu setelah semuanya rosak.

"Belum tiba masa bincang rombakan Kabinet" - PM
Perdana Menteri berkata, fokus pada ketika ini seharusnya tertumpu kepada bencana banjir dan pandemik COVID-19.

Tarikh PAU 2021 diputuskan pada 12 Januari
Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 12 Januari ini, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bantuan Wang Ihsan untuk mangsa banjir seluruh negara perlu disegerakan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara disegerakan.

Belum hilang penat, penduduk Raub diuji banjir gelombang kedua
Belum pun hilang penat membersihkan rumah daripada kesan banjir, penduduk Kampung Ulu Sungai di Raub, diuji sekali lagi dengan gelombang kedua banjir pada hari pertama tahun baharu.

Jumlah mangsa banjir di empat negeri terus berkurangan, Melaka kekal
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan terus mencatatkan penurunan dengan beberapa lagi pusat pemindahan sementara ditutup, dan di Melaka kekal dengan jumlah sama.

"Hanya ingat mati ... empat jam saya junjung bayi dalam kotak" - Mangsa banjir
Terperangkap dalam rumah bersama bayi berusia enam bulan, ibu ini terpaksa apungkan bayinya dalam kotak selama empat jam.

Minggu yang sedih ... letih buat mangsa banjir
Berbekalkan kudrat dan semangat yang masih berbaki, mangsa banjir di Kampung Tengah, Puchong terus tabah menempuhi liku-liku kehidupan pascabanjir.