KUALA LUMPUR: Hanya menggunakan dua bahan utama - pasir dan air - artis visual Mohammad Ikhwan Ibrahim, 33, sambil berbekalkan kreativiti diri, mampu menjana pendapatan lumayan sehingga mencecah lebih empat angka.
Sebagai satu-satunya pengukir arca pasir yang bergerak aktif di negara ini, anak kelahiran Georgetown, Pulau Pinang ini bagaimanapun menyifatkan kerjayanya itu sebagai sesuatu yang mencabar sekali gus memberi kepuasan tersendiri buatnya.
"Ia bukanlah satu kerja yang mudah. Pertamanya, kita perlu mempunyai imaginasi yang tinggi selain dibekalkan dengan bakat untuk mengukir. Namun, proses yang sukar ini membuahkan hasil yang begitu menarik dan mengagumkan apabila ia siap dibina.
"Seni arca pasir sangat popular di luar negara. Oleh sebab itu, saya mahu terus berkongsi dengan orang ramai agar seni ini terus dinikmati dan dihargai," katanya kepada Bernama.
Mohammad Ikhwan yang mewarisi darah seni daripada bapanya berkata penggunaan pasir sungai lebih sesuai berbanding pasir pantai kerana susulan teksturnya yang berbentuk segi empat dan halus selain lebih mudah dibentuk.
"Kelembapan juga penting bagi memastikan struktur binaan kukuh. Jika terlalu kering, arca akan merapuh dan runtuh, namun binaan akan menjadi lembik dan luntur sekiranya mengandungi terlalu banyak air.
"Selalunya, apabila arca siap, ia memang kukuh melainkan ada sentuhan daripada luar terutamanya dari golongan kanak-kanak yang mahu merasai sama ada arca itu betul-betul pasir atau tidak," katanya.
Mohammad Ikhwan yang lebih dikenali sebagai Ikhwan Saloot berkata terdapat lebih 50 karya pasir dihasilkannya sepanjang penglibatannya dalam bidang itu sejak 10 tahun lepas.
Antara dekorasi seni arca pasirnya yang berjaya menarik perhatian adalah arca pasir yang menampilkan empat figura mewakili barisan hadapan simbolik kepada pengorbanan mereka yang bekerja tanpa henti sejak negara dilanda pandemik COVID-19 yang dibina di Terminal Feri Penumpang, Kuah, Langkawi dan arca pasir berbentuk tangan simbolik membuang undi sempena Pilihan Raya Umum ke-14 di Pantai Batu Ferringgi, di Pulau Pinang.
Selain itu, lulusan Ijazah Sarjana Sains Seni Bina Landskap dari Universiti Sains Malaysia ini turut membina arca pasir berupa beberapa jari sedang memegang botol vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin Mega SPICE Convention Center di Bayan Baru, Pulau Pinang, adalah sebagai tanda sokongan terhadap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Mohammad Ikhwan juga terlibat dalam menghasilkan arca seni Kota Raya Kuala Lumpur iaitu 'Kuala Lumpur Progresif', menggunakan kira-kira 12 tan pasir sungai halus, bersaiz tiga meter panjang dan 2.5 meter tinggi serta mengambil masa selama tujuh hari untuk disiapkan di Festival Taman Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini.
"Seni arca pasir ini semakin mendapat tempat, malah ada polisi syarikat korporat, agensi kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan yang mementingkan kelestarian alam sekitar dengan meminta saya melakukannya sebagai simbolik pada sesuatu acara," katanya.
Anak kelapan daripada 14 beradik ini turut berharap seni berkenaan akan terus berkembang di Malaysia dengan pembabitan generasi muda.
"Saya galakkan bakat muda untuk berkecimpung dalam seni arca pasir ini kerana ia mampu mendatangkan hasil lumayan serta boleh dilakukan secara sambilan andai pandai membahagikan masa," katanya yang bercadang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang seni arca awam, pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 27 2023
Mohammad Ikhwan mengukir arca pasir sempena Festival Taman Kuala Lumpur, Taman Tasik Titiwangsa anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 20 terkorban
Nahas berlaku kira-kira 10 minit selepas berlepas, dipercayai akibat kegagalan struktur sayap pesawat.
Pihak berkuasa Korea Selatan siasat punca kebakaran pesawat Air Busan
Kebakaran berlaku ketika pesawat bersiap untuk berlepas ke Hong Kong, dipercayai berpunca daripada bateri mudah alih dalam ruang penyimpanan.
Pesawat terhempas di Selatan Sudan, 18 terkorban
18 dilaporkan terkorban dalam satu nahas melibatkan sebuah pesawat di Selatan Sudan. Pesawat yang dikendalikan oleh syarikat logistik Light Air Services itu dilaporkan sedang membawa jurutera dari telaga minyak Unity ke ibu negara, Juba.
Miki sedia sahut cabaran Jojo untuk beraksi di Sukan SEA Thailand
Miki, 16, bercita-cita untuk beraksi di ONE Championship dan akan menyertai Kejohanan Muay Thai Antarabangsa Wilayah Pahlawan 2025 di Dataran Merdeka pada 22 Feb.
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya dan buruk melibatkan beberapa kawasan di negeri Sarawak sehingga Jumaat.
48 PPS diaktifkan di Sarawak
Laporan terkini situasi banjir di Sarawak bersama Wartawan AWANI Borneo, Fadilah Sulaiman yang berada di Miri.
Anggota tambahan JBPM digerak ke Bintulu bantu operasi banjir
Anggota tambahan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Miri, Labuan dan Kota Kinabalu (Sabah) telah digerakkan bagi membantu dalam kerja-kerja menyelamat dalam menghadapi bencana banjir di Bintulu.
Wanita dirogol, dituang asid depan dua anak
Mangsa dalam keadaan kritikal di hospital dan suspek masih diburu pihak berkuasa.
Wujudkan kelab e-sukan bermula di sekolah rendah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Esports Integrated (ESI) menaikkan jumlah dana kepada RM1 juta berbanding RM250,000 sebelum ini bagi Peruntukan e-sukan negara.
[TERKINI] Empat ditahan bantu siasatan kes rempuh, cubaan bunuh
Empat lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes sebuah trak pikap dan sebuah kereta sedan yang dilihat merempuh sekumpulan individu di luar sebuah kelab malam di Brickfields, ibu negara.
Arca pasir mampu jana pendapatan lumayan
Mohammad Ikhwan menyifatkan kerjayanya itu sebagai sesuatu yang mencabar sekali gus memberi kepuasan tersendiri buatnya.