KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah, sekeping gambar membawa seribu erti dan kata.
Pertemuan empat mata antara Bapa Pembangunan Malaysia, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan Pengerusi Mao Tse-tung (Mao Zedong) di Great Hall of the People di Peking (nama lama bagi bandaraya Beijing), China pada 1974 menjadi detik bersejarah buat kedua-dua negara.
Perdana Menteri kedua pada ketika itu mengenakan pakaian sut hitam, kemeja putih serta bertali leher gelap berjabat salam dengan Pengerusi China, Mao Tse-tung (Mao Zedong) yang memakai jaket tunik kelabu dalam pertemuan selama sejam setengah di dewan itu.
Walaupun sekadar sekeping gambar berjabat salam, namun cukup melakar sejarah ikonik tersendiri kerana telah menjadi episod penting dalam geopolitik di Asia Tenggara yang sekali gus merubah politik antarabangsa dan cara menangani ideologi Komunis di era Perang Dingin.
Biarpun momen bersejarah itu telah berlaku separuh abad lalu, iaitu pada 31 Mei 1974, namun Arkib Negara masih menyimpan rapi setiap gambar serta dokumen penting rentetan daripada peristiwa bersejarah itu.
Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Jaafar Sidek Abdul Rahman berkata, usaha memulihara khazanah negara ini amat penting bagi generasi akan datang.
"Hubungan diplomatik Malaysia dan China yang memasuki usia jubli emas ini merupakan satu yang istimewa kerana Malaysia merupakan negara ASEAN pertama untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan republik itu.
"Kerana ketika itu masyarakat antarabangsa agak meragui negara yang berfahaman Komunis itu, namun dengan tindakan pragmatik Abdul Razak ia telah membuka suatu lembaran baharu buat negara dan serantau," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual khas bersempena sambutan jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Jaafar Sidek berkata, foto Abdul Razak bersama Mao itu serta foto bersama Perdana Menteri China, Chou En Lai selepas menandatangani persetujuan menjalin hubungan diplomatik telah menghiasi kebanyakan dada akhbar kedua-dua negara dan media antarabangsa.
Gambar-gambar itu juga telah muncul semula khasnya sempena sambutan ulangtahun ke 50 hubungan diplomatik Malaysia-China tahun ini.
"Sambutan yang diterima Abdul Razak ketika itu amat meriah dan dapat dilihat China benar-benar menghargai usaha beliau itu.
"Di samping itu, selain foto, kita (Arkib) juga masih menyimpan dengan baik surat rasmi, teks ucapan dan video berkaitan lawatan pertama kali Abdul Razak ke negara itu," katanya.
Pada penghujung musim bunga, 31 Mei 1974, bendera kebangsaan China dan Malaysia berkibar di sepanjang jalan utama di Beijing, selepas Kenyataan Bersama dimeterai oleh Abdul Razak dan Lai.
Bertitik tolak daripada permulaan hubungan itu, Abdul Razak berjaya meredakan pengaruh Komunis di Malaysia yang seterusnya membolehkan beliau memfokuskan kepada pembangunan negara.
"Ancaman Komunis Malaya pada ketika itu amat meruncing, jadi apabila kerjasama ini termeterai, ia satu batu loncatan bagi Abdul Razak untuk merangsang pembangunan negara.
Sementara itu, beliau berkata, Arkib Negara mempunyai keseluruhan koleksi Abdul Razak melebihi 4,000 bahan.
Jaafar Sidek berkata, Arkib Negara sentiasa memastikan setiap proses sejarah yang berlaku di negara ini akan terus didokumentasikan.
"Pengumpulan bahan ini penting bagi memudahkan masyarakat dan pengkaji memahami jerih perih yang dilalui pemimpin negara dalam meletakkan nama Malaysia di persada dunia," katanya.
Lebih daripada 10 juta bahan dalam bentuk muka surat meliputi dokumen dan foto telah direkodkan dalam bentuk digital.
Pendigitalan ini penting dalam usaha memulihara khazanah selain memberi ruang dan peluang untuk menyebar luaskan maklumat, serta sebagai platform bagi penyelidik mendapatkan maklumat mengenai perkara-perkara berkaitan sejarah secara terus di hujung jari.
Beliau berkata, Arkib Negara turut merangka strategi bagi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan augmented reality (AR) sebagai langkah menarik lebih ramai generasi muda memahami sejarah negara. - BERNAMA
Bernama
Sun Jun 16 2024

Jaafar Sidek berkata, usaha memulihara khazanah negara ini amat penting bagi generasi akan datang. - Gambar Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.