KUALA LUMPUR: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mengecam tindakan Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di Dewan Rakyat pada Rabu.
Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa selain tidak menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan dan pembangkang, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.
"Ini bertentangan dengan amalan kebiasaannya iaitu semua pihak harus mengetepikan perbezaan peribadi atau politik dalam perkara-perkara yang melibatkan dasar keselamatan negara," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Wan Ahmad Fayhsal berkata tindakan mereka semalam juga jelas memperlekeh dan memperkotak-katikkan usaha kerajaan, khususnya Kementerian Dalam Negeri untuk mewujudkan satu persekitaran dan perimeter yang selamat.
Beliau berkata SOSMA merupakan salah satu instrumen pencegahan jenayah keganasan serta bertujuan memelihara kedaulatan negara.
Usul lanjutan penguatkuasaan Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 bagi tempoh lima tahun lagi yang dibentang Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak diluluskan Dewan Rakyat semalam setelah melalui undi belah bahagian, yang menyaksikan 84 Ahli Parlimen bersetuju manakala 86 lagi tidak bersetuju.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022

Wan Ahmad Fayhsal berkata SOSMA merupakan salah satu instrumen pencegahan jenayah keganasan serta bertujuan memelihara kedaulatan negara. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Armada lapor polis tuduhan terhadap Muhyiddin
Satu laporan polis dibuat oleh Armada Bersatu berhubung video tular membabitkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Polis digesa siasat pihak campuri, tekan SPRM kaitkan nama Hamzah dengan kes mahkamah
PDRM digesa menyiasat mana-mana pihak yang mencampuri atau menekan SPRM untuk mengaitkan nama Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kes di mahkamah.

'Rakyat mahu tahu kenapa ada usaha lengahkan kes Zahid' - Armada Bersatu
Menurut Wan Ahmad Fayhsal perkara ini amat penting untuk ditangani dengan serius untuk memastikan keadilan tidak disongsang sewenang-wenangnya

Bersatu bincang kedudukan Muhyiddin petang ini
MPT Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bermesyuarat pada petang Sabtu bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden parti itu.

Muhyiddin tidak perlu letak jawatan - Armada
Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal dengan pendirian bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu melepaskan jawatan sebagai Presiden parti itu.

Muhyiddin Yassin bukan Najib Razak - Wan Ahmad Fayhsal
Wan Ahmad Fayhsal mengingatkan perwakilan parti dan rakyat bahawa kes pendakwaan di mahkamah melibatkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sama dengan kes Datuk Seri Najib Tun Razak.

Armada kecam Ahli Parlimen pembangkang tidak sokong usul SOSMA
Wan Ahmad Fayhsal mendakwa, pihak pembangkang masih mengutamakan perbezaan politik berbanding kepentingan rakyat.

PRN Johor: Armada cadang 30 peratus calon PN daripada anak muda
Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu mencadangkan agar 30 peratus calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipilih daripada kalangan anak muda yang berkaliber.

KPM diminta beri kuota khas ambil guru Sabah, Sarawak - Armada Bersatu
Kuota khusus itu dapat menjimatkan kos kerajaan bagi penempatan guru di dua negeri berkenaan selain membuka peluang pekerjaan untuk rakyat.

Negara perlukan sifat negarawan, tolak politik pentingkan diri
ARMADA Bersatu Malaysia tetap setia dan teguh bersama-sama Presiden parti yang juga merupakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus memimpin negara ke fasa seterusnya.