PELUMBA Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar, menafikan kejuaraan menjadi milik Hafizh Syahrin Abdullah apabila mendominasi Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di Litar Antarabangsa Buriram, pada Ahad.
Andi Farid memacu deras jentera Honda CBR100RR yang ditungganginya ketika berbaki tujuh pusingan lagi di sebalik percubaan Hafizh Syahrin menguasai sejak awal perlumbaan, manakala Nakarin Atiratphuvapat melengkapkan podium.
Dalam masa sama, juara Perlumbaan 1 pada Sabtu, Azlan Shah terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima berikutan bergelut dengan cengkaman tayar.
Kejayaan semalam secara tidak langsung mengobarkan semangat JDT Racing Team yang bergelut dengan masalah teknikal motosikal Ducati Panigale V4R yang membataskan mereka untuk sepusingan sahaja.
"Kami terlepas gelaran juara dalam pusingan terakhir selepas membuat permulaan yang bagus.
"Kedudukan podium merupakan permulaan yang baik untuk projek kami ini, kami mahu terus mengharumkan nama JDT," kata Hafizh Syahrin selepas perlumbaan.
Astro Arena
Sun Mar 17 2024
Andi Farid mendominasi Perlumbaan 2 Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand, pada Ahad. - Foto Facebook ARRC
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
ARRC: Andi Farid Izdihar nafi Hafizh Syahrin, muncul juara
Andi Farid memacu deras jentera Honda CBR100RR yang ditungganginya ketika berbaki tujuh pusingan.
ARRC: Hafizh Syahrin nyaris habis minyak
Hafizh Syahrin menebus kekecewaan dengan menaiki podium selepas dipintas oleh penunggang Honda Asia-Dream Racing Astemo, Andi Farid Izdihar.
Hafizh Syahrin semakin 'menjiwai' jentera baharunya
Hafizh Syahrin telah mempamerkan aksi cemerlang dengan jentera berasaskan Ducati Panigale V4R yang mencapai kelajuan sehingga 313 km/j.
JDT Racing Team 'belanja' wajah jentera baharu Hafizh Syahrin
Menjelang musim 2024 yang bakal dihadapi JDT Racing Team, mereka sudah pun mula mendedahkan wajah jentera yang bakal digunakan di Asia Road Racing Championship (ARRC) musim 2024.
ARRC: ASB 1000 di Litar Mandalika batal, dua pelumba negara terbabit kemalangan
Berlaku insiden tidak diingini di selekoh ke-10 apabila Haruki Noguchi dan Zaqhwan Zaidi terjatuh, dan Noguchi dilanggar Kasma Daniel.
ARRC: Khairul Idham Pawi yakin kompetitif di Litar Mandalika
Berbaki tiga pusingan, Khairul Idham mahu mencabar diri sekali gus membawa pulang piala kejuaraan ARRC musim ini.
Kasma Daniel kembali warnai ARRC, Cub Prix bagi musim 2021
Kasma akan mewarnai kancah sukan permotoran musim 2021 apabila mengesahkan mempunyai pasukan dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dan kemungkinan Cub Prix.
Azlan gagal pertahan gelaran SS600cc
Azlan Shah Kamaruzaman gagal pertahanan gelaran SuperSports 600cc ARRC selepas tamat perlumbaan terakhir di tempat kelima.
Cub Prix: Fazli sasar layak ke Superpole
Fazli berharap dapat meneruskan momentum tersebut dalam kejuaraan peringkat kebangsaan setelah memilih haluan bersama pasukan ONEXOX TKKR Racing bagi musim 2018.
Zaqhwan juara SuperSport 600cc
Ini adalah kejuaraan kedua Zaqhwan selepas kali terakhir melakukannya pada 2014.